Jumaat, 23 Ogos 2013

DATUK ROSLI HUSSIN PERTAHANKAN JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG

Rosli Hussin

Setakat hari ini TM mendapat info bahawa Datuk Rosli Hussin mantan Adun Trong akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagaian.

Pencabarnya juga adalah hebat-hebat belaka antaranya ialah Dato Syed Hussin bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian terbut era 90an, beliau adalah seorang ahli koperat yang berjaya di Kuala Lumpur.

Seorang lagi calon juga seorang usahawan yang hebat iaitu usahawan kolej kejururawatan yang terkenal dan pengerusi sebuah pertubuhan NGO yang sering membantu orang miskin di Bukit Gantang iaitu Saudara Habidi Zain .

Tokoh lain ialah Datuk Captain Razak Baba yang sering turun padang membantu rakyat terutama di sekitar Kuala Sepetang. Beliau juga merupakan sabahat kepada Perdana Menteri Najib Razak dan juga Tun Abdullah Badawi. 

Dan calon terakhir yang terkenal sebagai penulis ialah Saudara Aziz Shariza.