Justeru,mampukah ROS menguatkuasakan keputusannya itu Diharap kali ini ROS tidak lagi mengikut rentak politik DAP. Jangan lagi tertangguh sampai setahun baru tindakan tegas mahu diambil.
DAP sebenarnya membentuk trend tidak sihat dalam amalan demokrasi negara. Mereka menghalang proses undang-undang yang cuba dikuatkuasakan.
Bayangkan jika arahan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak dipatuhi oleh rakyat Pulau Pinang,apa akan jadi pada negeri tersebut.
Contohnya,jika penduduk di Kampung Buah Pala mengingkari keputusan kerajaan negeri supaya berpindah agar kawasan tersebut dapat dibangunkan dengan projek mewah,sudah tentu Guan Eng pening kepala.
Guan Eng yang terkenal keras kepala akhirnya berjaya menghalau penduduk berpindah keluar.
Guan Eng pernah mendakwa beliau kagum dan mahu mencontohi gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz, tetapi Umar Abd Aziz tidak pernah melakukan tindakan keras dan zalim kepada rakyatnya.
Sebenarnya tidak ada siapa yang percaya dengan cakap Guan Eng itu. Pas pula tidak berani menegur DAP.
Sebab itu Guan Eng semakin keras kepala. Bagaimanapun keputusan ROS itu membuka banyak pekung dalam DAP.
DAP seperti mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum, apabila enggan mengadakan semula pemilihan jawatankuasa CEC parti.
DAP takut ia akan menelanjangkan lagi 'gambaran palsu' parti DAP yang kononnya parti yang amat demokratik.
Jawatan Setiausaha Agung dan beberapa lagi jawatan tertinggi parti bukan dipilih oleh ahli akar umbi atau sejumlah 2,576 anggota perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan. Sebaliknya ia dipilih oleh 20 orang anggota CEC.
Dalam konvensyen tahun lalu,keputusan awal telah dibatalkan. Kononnya berlaku kesilapan semasa pengiraan undi.Maka bermulalah 'gambaran palsu' amalan demokrasi dalam DAP.
Ahli yang tidak berpuas hati mendedahkan selama 47 tahun,DAP berjaya memanipulasi cara perwakilan dipilih untuk menghadiri Kongres Kebangsaan parti dan cara pengundian CEC dibuat.
Ini termasuk dakwaan,kehadiran 547 orang perwakilan haram di konvensyen tahun 2012.
Bahkan terdapat 32 orang perwakilan yang mendakwa mereka tidak menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri konvensyen tersebut.
Sebab itu DAP tidak boleh menyalahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.
Father Augustus Chen penulis buku The Equity Report mendakwa,pada tahun 1968,Lim Kit Siang telah menggunakan sentimen kaum untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Bangsar Devan Nair sebagai Setiausaha Agung DAP yang pertama.
Dengan sentimen Cina itulah DAP terus hidup pada hari ini sehinggalah berlakunya Tsunami Cina.
Justeru DAP adalah parti lapuk.Lapuk dari segi kaedah memilih pemimpin tertinggi parti, lapuk dari cara memilih perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan Tahunan DAP, lapuk dari segi sistem dan ketelusan pengiraan undi, lapuk kerana masih memainkan isu kaum bagi memonopoli sokongan Cina dan lapuk kerana masih berlindung dengan 'gambaran palsu'.
Selain pendekatan 'gambaran palsu',DAP ada kelebihan untuk menukar ancaman menjadi simpati.DAP dituduh sebagai parti perkauman dan anti Islam,tetapi Pas tetap sokong mereka.
Dituduh parti kuku besi, tetapi segolongan anak muda Cina yang kononnya menuntut ketelusan dan kesaksamaan tetap menyokong mereka.
Dituduh parti anak beranak dan kroni, tetapi dinasti Lim dan Karpal terus menguasai parti tanpa mahu bersara.
Apa sahaja yang salah dibuat oleh DAP tetap dianggap betul oleh golongan ini kerana DAP adalah parti 'gambaran palsu'.
DAP mampu membunuh bukan setakat dua ekor burung dengan seketul batu, tetapi tiga ekor burung dengan seketul batu.Baling batu sembunyi tangan.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digunakan untuk memujuk Pas supaya sedia bekerjasama dengan DAP.
Anwar dijanjikan sokongan kuat DAP untuk jawatan Perdana Menteri.
Dalam masa yang sama Anwar pujuk Pas supaya gugurkan perjuangan Negara Islamnya.
Pas pula digunakan untuk memecahkan belahkan perpaduan Melayu dan membunuh UMNO.
Manakala MCA yang hampir dikuburkan oleh DAP terus ditekan secara senyap supaya mempersoalkan dasar dan polisi BN yang kononnya punca Cina tidak sokong MCA.
Hakikatnya MCA memang lemah kerana masalah kepimpinan dan imej.
Justeru, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), taktik 'gambaran palsu dan 'ancaman menjadi simpati' akan terus digunakan oleh DAP.DAP barangkali mahu pengundi Cina melakukan 'tindakan maksimum' fasa dua.
Tindakan maksimum itu ialah keluar mengundi dan maksimum mengundi pembangkang. Objektif mereka ialah hilangkan UMNO di dunia.
Hilang UMNO,maka berakhirlah 'kontrak sosial'. - Dr Puad Zarkashi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.