Isnin, 12 Ogos 2013

KENYATAAN MEDIA YG. BHG TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI MENGENAI BUKU 'AWAKENING'

Pak Lah buka mulut isu buku 'Awakening' susunan Briged Welsh dan James Chin

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita di terbitkan mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggung jawab di atas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut.

Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatarbelakangkan fakta-fakta di atas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'.

Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal?

Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang.

Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara.

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulang lah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing.

Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri.

Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.
Mohon sebarkan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 ulasan:

  1. Sifat keterbukaan harus ada batas nya.Sebagai seorang bekas pemimpin tertinggi UMNO, Pak Lah harus berfikiran jauh dalam memastikan musuh tidak mendapat peluang untuk memusnah kan UMNO dan orang melayu khasnya.
    Pak Lah harus faham bahawa musuh akan mencari jalan dan kesempatan yang datang untuk menawan negara ini bukan sahaja dari fizikal tapi juga mentalitynya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar apa yg dikata oleh Tanpa Nama. Memberi pendapat dan memberi komen ada batasannya. Bukan semua perkara boleh kita ceritakan secara terbuka. Apa lagi untuk menceritakan kelemahan semasa kita menjadi ketua. Ia ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. Sebaik2nya mendiamkan diri lebih baik andainya kita sendiri tidak yakin apa kita telah benar-benar berjaya sebagai pemimpin semasa kita menjadi pemimpin...

      Padam
    2. yg memberi peluang utk memusnahkan UMNO ialah kelemahan parti itu sendiri..bukan artikel Pak Lah...malah ahli2 UMNO kalu pandai & bersikap terbuka boleh mengambil kesempatan ini utk memperkuatkan parti...

      tapi minda kena buka lah...kalu otak kata Mahathir je betul & org lain tak boleh pakai...susah lah...

      Padam
  2. Terlupa plak......
    Masa ditemuramah zzzzzzzzzzzzzzZzzzzZzzzzz

    BalasPadam
  3. Saya masih menanti garapan tinta Tun Musa Hitam

    BalasPadam
  4. Yang percaya pada BodohWee akan turut sama jadi bodoh

    BalasPadam
  5. keterbukaan paklah lah buat melayu hancus.polis hancai.penjenayah di herokan tak gitu paklah dgn suruhanjaya berbelas belas t..hasilnya balik ke Bn umno...d katakan gagal PRU12 5 negeri tumbang..

    BalasPadam
  6. Saya sokong 1000% prinsip keterbukaan Pak Lah. Tiada manusia yg perfect 100%,mahupun najib, karpal singh atau anwar ibrahim hatta hadi awang pn! Apa yg bagus Pak Lah tak merajuk mcm pemimpin veteran UMNO yang lain, hingga hembusan nafas terakhir pn tetap UMNO. Pemimpin veteran yang lain, tak dapat projek, tak dapat apa yang dihajati mulalah keluar UMNO! Haprak punya pemimpin! Pondan punya pemimpin!

    BalasPadam
  7. Penyokong taksub Umno 2X5 saja dgn penyokong Pakatan,bila pihak yg mereka sokong di kritik timbulah bermacam-macam caci maki.Itu sebabnya mereka semua tidak pernah memperbaiki diri,kerana merasa diri mereka betul semuanya.

    BalasPadam
  8. pak lah mana rajin baca buku... dia rajin zzzz je. aku agak dah

    BalasPadam
  9. dia ni mmg dungu laaa. nasib baik dia turun cepat2.

    BalasPadam
  10. Memang dungu... nasib baik dh x jd PM lg. klu x haru biru jadinya. Lurus bendul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong 100%,zaman islam hadhari,cemerlang,gemilang,terbilang + temberang Pak Lah adalah bala kepada seluruh rakyat Malaysia

      Padam
  11. sokong 100%,zaman Islam Hadhari,Cemerlang,Gemilang,Terbilang + Temberang Pak Lah adalah satu bala kepada seluruh Malaysia

    BalasPadam
  12. awakening???...memang dia kena kejut,pasal dia mmg suka tido

    BalasPadam
  13. Korang cakap macam tu x fikir ke???!!! Sebelum cakap macam tu tengoklah diri sendiri!!!!

    BalasPadam