Isnin, 12 Ogos 2013

Plusline melaporkan lebuhraya sesak

Lebuh raya Utara Selatan sesak dan perlahan hari ini dari arah Selatan dan Utara ke Lembah Kelang.

Punca kesesakan ialah sikap pemandu yang gemar berada di lorong kanan dengan kelajuan perlahan.

Syndrome right lane ini hanya berlaku pada hujung minggu dan musim perayaan terutama mereka baru dapat lesen dan mempunyai tanda 'P'.

Satu lagi ialah pemandu yang sedang merokok atau ber'sms' dan bercakap dengan telefon.

Awas juga bila berada di kawasan Bidor sehingga Behrang, terutama waktu malam. Longkai akan berkeliaran untuk cari makan seperti menuang minyak disel atas jalan atau sebagainya.

Pengalaman TM kemalangan di KM 385( 2011) adalag berpunca daripada kerja jahat longkai
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 ulasan:

  1. longkai tu keling la.. buat duit dr kesusahan org lain.

    BalasPadam
  2. kitamasih aman

    BalasPadam
  3. KENYATAAN MEDIA
    4 Julai 2013


    Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.

    Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.

    Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.
    Ismail Mina b. Haji Ahmad
    Presiden
    Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

    BalasPadam