Rabu, 28 Ogos 2013

Ketua Wirawati Perkasa Letak Jawatan



Perkara yang menggemparkan hari ini ialah apabila ketua Wirawati Perkasa mengumumkan peletakan jawatannya hari ini. Surat peletakan jawatan telah pun diserahkan kepada Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali.

Berita tersebut disiarkan di laman facebook beliau kira-kira 5 jam yang lalu.
"Saya Zaira Bt Jaafar meletakkan jawatan sebagai Ketua Wirawati Perkasa Msia berkuatkuasa pada 31hb Ogos 2013, Harap Maklum.Tkasih"

Apa berita ini mempunyai kaitan dengan isu Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang dipanggil mengadap majlis tertinggi berikutan  tindakan beliau mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Ketua Wirawati ada menyebut peletakan jawatan kerana mengalami masalah kesihatan, beberapa bulan lalu beliau beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah gastrik.  Kali terakhir TM bertemu beliau ialah pertengahan bulan puasa di satu majlis di Kuala Lumpur dan beliau kelihatan kurang sihat.