Jumaat, 23 Ogos 2013

Masjid Jamek Kamunting Perlu Penilaian semula



Masjid Jamek Kamunting adalah salah sebuah masjid yang tertua di kawasan Parlimen Taiping. Masjid ini, ikut cerita orang lama diasaskan oleh pekerja islam syarikat perlombongan Kamunting Tin Dredging Mining Ltd.

Masjid ini sudah beberapa kali mengalami penggubah suaian, tahun 70an ia hanya binaan kayu, kini semuanya batu dan konkrit.

Penambahan dibuat secara beransur-ansur tanpa menutup fungsi masjid. Kini ada lagi projek pembaharuan yang akan dilakukan.

Antaranya ialah membina pusat pengurusan jenazah seperti yang terdapat di masjid-masjid lain.

Urusan pembinaan sedang dalam rundingan dengan pihak pembinaan dan masjid merayu kepada anak-anak kariah supaya dapat memberi sumbangan kepada projek tersebut.

Wang permulaan telah diambil dari sumbangan orang ramai dalam usaha membeli van jenazah, tetapi setelah mendapat sumbangan van daripada bank rakyat maka duit tersebut digunakan untuk projek lain.

Dr Zambry dalam lawatan ke masjid ini Mac lalu telah memperuntukkan RM 300 ribu untuk membaiki bumbung bangunan lama di bahagian belakang yang bocor.

Selain itu masjid dalam proses menggantikan permaidani baru dan kosnya setakat ini mencecah RM 28 ribu

Masjid ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin keseluruhannya. Tetapi projek hawa dingin ini dianggap gagal kerana pihak masjid tidak mendapat rundingan pakar. Walaupun kesemua penghawa dingin dipasang ia tidak membantu mengurangkan atau menurunkan suhu dalam ruang solat yang sangat besar itu. Difahamkan masjid ini mampu mengisi lebih 3 ribu jemaah.

Apa yang perlu dilakukan ialah menambah tirai angin atau air curtain untuk menghalang udara luar masuk. Ini kerana jemaah hanya tahu membuka pintu tetapi tidak tahu menutup semula pintu, inilah yang menyebabkan udara panas dari luar masuk ke dalam masjid.

Seterusnya ialah tapak letak kereta yang dahulu makan ruang dan kurang sesuai kini dalam proses penambahbaikan. TM mencadangkan agar ditambah pintu keluar masuk ke masjid, ini kerana terhadap satu pintu sahaja dan saiznya cukup-cukup untuk dua buah kereta berselisih.

Setiap kali solat Jumaat terdapat individu yang pentingkan diri meletakkan kereta di laluan masuk dan menghalang laluan, tambahan lagi bila orang tersebut lambat keluar kerana wirid yang panjang.

Seterusnya ialah pintu masuk ke dalam ruang solat, setakat hari ini hanya terdapat 5 buah pintu jenis sliding standard rumah iaitu bersaiz 10kaki x 7 kaki.

Jika berlaku sesuatu kes kecemasan ia akan menyebabkan makmum akan pijak memijak untuk keluar menyelamatkan diri. Oleh itu pihak masjid perlu melantik seorang jurutera civil untuk melihat dan menilai semula keseluruhan bangunan masjid tersebut.

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan