Jumaat, 23 Ogos 2013

Tuan Berahim marah kepada cadangan membawa masuk warga Bangladesh

Orang kanan Pas Tuan Berahim marah benar dengan cadangan kerajaan membawa masuk lebih setuja pekerja Bangladesh dan akan diberi kad pengenalan diri yang khas buat mereka.

Kenapa marah?

Pekerja Bangladesh merupakan pekerja yang rajin, cekap dan mahu belajar. Ini bagi menampung keperluan tenaga kerja yang semakin tinggi dalam negara.

Daripada membawa masuk warga cina atau India seratus kali lebih baik bawa masuk warga Bangla.

Lain-lain alasan ialah warga Bangla kurang mendatangkan masalah kepada keselamatan, politik dan sosio budaya kepada negara.

Selain itu mereka juga bergama Islam dan dari negara miskin. Sebagai sebuah negara yang boleh dianggap kaya dan maju elok lah Malaysia membantu rakyat mereka, sekurang-kurang wang yang mereka bawa balik atau hantar ke negara mereka dapat juga membantu sektor ekonomi negara tersebut.

Apakah Tuan Berahim tak nampak itu semua?

Umno dan kerajaan tidak perlu mendabik dada seperti Pas dengan slogan 'Negara Berkebajikan'.

Pas dengan slogan tersebut sepatutnya menyokong usaha kebajikan yang dilakukan oleh Umno terhadap rakyat miskin/Islam Bangladesh.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.