Selasa, 13 Ogos 2013

Perlembagaan UMNO Fasal 12.10

IrBadrul Hisham Mohd Ali wrote:


Badan Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung dengan Konvensyen itu.

Setahu saya UMNO Perak hanya pernah sekali menganjurkan konvensyen pada tahun 2001, semasa Tan Sri Tajol Rosli baru menjadi MB Perak. Mungkin kerana teruk kena belasah dgn akar umbi, itulah konvensyen yg pertama dan terakhir yg dianjurkan. Kalau rasa2 tak tahan dikritik oleh orang bawahan, elok letak jawatan sahaja. Kalau pemimpin pun tak mahu akur dgn perlembagaan parti, tunggu lah ketikanya parti itu akan terkubur dgn sendirinya. Ini bukan masanya lagi untuk ampu bodek pemimpin2 yg tidak lagi efektif......
....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas ingtan TM , saya salah seorang jurucakap dalam konvensyen UMNO Perak yang diadakan di Kuala Kangsar bukan 2001 tapi rasa nya selepas 2008 (2010)

    Memang dibuktikan pemimpin takut kena tegur malah ada cakap cakap yang terdengar kenapa biar sipolan sipolan yang bercakap sebab difahamkan ada kalangan wakil jurucakap yang tidak tahu zip mulut

    BalasPadam