Isnin, 12 Ogos 2013

Siapa yang Umno akan angkat, ustaz atau kontraktor kelas A?

Musim pemilihan Umno semakin panas, masing buat perjumpaan, pemuda Umno giat membuat perjumpaan, tambahan pula musim perayaan. Dari majlis berbuka puasa membawa kepada rumah terbuka aidil fitri..

Kelmarin pemuda Umno Perak buat rumah terbuka secara besar-besaran, tahun lalu ada buat tapi tak besar.

Dalam PRK Kuala Besut kita berkempen jangan pilih Che Long kerana dia seorang Kontraktor Kelas A yang hanya akan menggunakan platform politik untuk menambah kekayaan, oleh itu kita menyeru dan merayu supaya memilih Ku Zaihan seorang penjawat awam .

Jadi, dalam pemilihan Umno sekarang, adakah kita akan ikut trend di Kuala Besut?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.