Rabu, 7 Ogos 2013

Sumbangan Barangan Dapur Kepada Petugas JPAM Taiping Sempena Hari Raya Puasa




Hari ini YB Dato Muhammad Zahir Mohd Khalid Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Adun Kamunting telah menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada petugas-petugas Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Taiping. ( JPAM)

Ia sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat mereka kepada masyarakat setempat lebih-lebih lagi yang sedang menjalankan tugas dalam operasi Ops Selamat sempena perayaan hari raya puasa tahun ini.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Zahir kepada pegawai bertugas Leftenan PA Zainuddin di Pusat Khidmat DUN Kamunting petang tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan