Ahad, 29 September 2013

Jelajah Francais 1Malaysia di Taiping



28 September 2013- Bermula jam 8.00 pagi, bertempat di Hotel Taiping Perdana, bandar Warisan Taiping, telah diadakan satu majlis pengenalan kepada industri francais. Program ini dianjurkan oleh kementerian KPDNKK.

Program jelajah siri kedua 2013 ini dimulakan di bandar Taiping dihadiri kira-kira 250 orang, kebanyakannya adalah golongan muda dari daerah berhampiran.

Tujuan jelajah ini ialah untuk memberi maklumat 1st hand yang tepat daripada syarikat yang mengadakan skim francais, agensi pembiaya dan agensi penguat kuasa.

Antara syarikat yang hadir ialah D' Tandor, KPTM dll.

PNS atau Perbadanan Nasional Berhad merupakan agensi pembiaya yang sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang berminat untuk skim francais yang baru, cuma untuk mikro francais yang mana kos bawah RM 50 ribu ringgit sudah habis, cuma yang tinggal ialah kos RM 100 ribu ke atas.

Ucaptama majlis perasmian penutup dilakukan oleh Yang Berbahgia Dato Sohaimi Shahadan Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia.

Dato Sohaimi mengharapkan dalam bajet 2014 nanti kerajaan akan memperkasakan industri francais dengan memberi peruntukkan khas atau tambahan kepada agensi pembiaya khususnya PNS dan PNS juga diharapkan akan berusaha untuk membeli master francais terlebih dahulu dan selepas di bawa masuk ia hendaklah di tawarkan kepada lepasan-lepasan kolej dan universiti untuk menceburi dalam bidang ini. Ini selaras dengan hasrat perdana menteri untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.