Ahad, 1 September 2013

Pasangan khalwat rayu gambar tidak diambil atau dirakam

Bila Gambar Badrulamin Nak Disiarkan


Kalau ada kes macam ini memang kalut media menyiarkan gambar mangsa tangkapan untuk tatapan umum, tetapi sampai sekarang kes tangkapan Badrulamin jam 3.00 pagi di Kuantan,tidak disiarkan gambar mereka.


BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.
Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.
“Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.
“Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.
Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.
Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.

Apa masalah dengan pegawai Jabatan Agama Kuantan dan media di sana?