Ahad, 1 September 2013

Rakyat Malaysia tengah syok dengan Yahanana

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat. Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

2 ulasan:

  1. bukan ada keluar sampai kat TV sempena raya kat TV3 (kalau x silap) tahun ni ke?

    just tgk IKLAN je la...x pasti ada ke tak tarian tu tp LAGU MMG KONPOM lagu tu

    BalasPadam
  2. ya hanana bukan tulisan tarikat ini
    minta tolong semak

    sapa-sapa pun boleh lagukan
    dan tidak bermakna ikut tarikat inni

    BalasPadam