Kenaikan harga minyak telah berlaku (seingat TM) ialah sejak 1967 sewaktu perang Arab Israel. Pada ketika itu bukan sahaja minyak yang naik tetapi dituruti dengan kenaikan bahan mentah, makanan dan lain-lain barang keperluan naik mendadak
Ketika itu walaupun wujud kenaikan harga tetapi impak kepada pengguna kereta dan motosikal amat kecil kerana ketika itu bukan semua orang mampu berkereta atau bermotosikal seperti sekarang.
Tahun 70an 80an dan 90an beberapa kali kenaikan harga bahan api berlaku, namun pada ketika itu, Anwar berada dalam kerajaan jadi impak kenaikannya dapat dijawab oleh Anwar dan berjaya mematikan hujah Dap dan Pas terutama dalam Dewan Rakyat.
Kini Anwar berada di dalam kelompok pembangkang maka kenaikan harga bahan bakar menjadi lebih meriah berbanding dahulu.
Tadi TM singgah di sebuah stesen untuk mengisi minyak ke dalam motosikal besar yang ternyata lebih kuat minyaknya berbanding hybrid. Dilihat semua pam yang bertanda 97 telah diikat dengan tali, rupa-rupa stesen tersebut telah lama menghentikan jualan Ron 97 kerana tiada sambutan. Mungkin di Shell masih ada minyak tersebut
Petang nanti difahamkan satu mobflash akan di adakan di semua stesen minyak bagi membantah kenaikan 20 sen.
Apapun jangan lupa kepada rakyat Pulau Pinang juga perlu membantah kenaikan harga air 100% mulai 1 September 2013.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.