Isnin, 7 Oktober 2013

Bajet khayalan menipu rakyat oleh Pas Kelantan

Kerajaan Pas Kelantan terus menggunakan isu royalti minyak untuk mengkhayalkan rakyat negeri ini.

Ia jelas apabila Mereka sekali lagi mengulangi apa yang dilakukan pada tahun lepas iaitu memasukkan hasil royalti minyak sebanyak kira-kira RM200 juta atau 36.41 peratus daripada RM549.26 juta anggaran hasil negeri untuk bajet 2014 biarpun ia masih dalam proses perundangan.

Kemasukkan hasil royalti itu melonjakkan hasil pendapatan kerajaan negeri yang meliputi hasil cukai sebanyak RM311.12 juta, hasil bukan cukai (RM133.05 juta) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM105.08 juta.

Bajet bertemakan 'Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri' dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan