Langkau ke kandungan utama

YB Dato Zahir Khalid Adun Kamunting dicabar oleh tukang kebun

Saudara Saiful Adli Mohd Arshad telah memberi  komen mengenai calon yang bertanding untuk kerusi Naib Ketua Bahagian Taiping dengan kata-kata " yb exco dicabar tukang kebun ajer, tak yah kempen pun menang.

Jawapan Zahir Khalid mudah saja   cuba baca di atas.

Sebenarnya dalam politik kita tidak boleh merendah-rendah seseorang seperti tukang kebun, penjaga gate keretapi atau apa jua pekerjaan mereka. Masih ingat Allahyarham Dato Zakaria dari Kelang, seorang penjaga gate keretapi kemudian menjadi Adun?

Kepimpinan seseorang dirujuk kepada cara dia berkomunikasi, cara dia berfikir dan pelbagai aspek lain. Calon yang bertanding Naib tu mungkin tak berpeluang ke universiti atau kolej dan rezekinya hanya setakat tukang kebun sahaja tetapi anak-anak dia mungkin hebat-hebat.

Apa pun Zahir nampak cool dalam menghadapi persaingannya kali ini, tak nampak gelabah atau gundah gulana.

Jika diizinkan oleh yang maha kuasa maka dia akan berada di posisi sekarang, tetapi paling syok tengok pencabar kerusi ketua bahagian. bersungguh-sungguh dan begitu yakin untuk menewaskan ketua bahagian. Cuma nasihat dari TM ialah kalau menang jangan hilang begitu sahaja seperti waktu beliau jadi ketua pemuda dahulu.

Setelah berbelas tahun menghilangkan diri di Kuala Lumpur,  tiba-tiba muncul kembali mengulangi sejarah 1993. kempen manager yang bawa dia dahulu semasa bertanding Ketua Pemuda pun dah serik dan tak mahu lagi menyokong beliau. Kini kempen manager beliau ialah seorang veteran iaitu En Mohd Desa dari Batu 4 Kamunting.

Kempen manager pencabar Ketua Bahagian telah menawarkan TM sebagai AJK lantikan jika beliau menang menewaskan Dato Shalimin...Wah! Boleh beli kereta Audi  TT lah bila TM jadi AJK Bahagian nanti.


Ulasan

  1. Mesti ada sebab kenapa jawatan ini pertandingkan : 1. Jawatan ini Kosong setelah dikosongkan secara awal oleh penyandang terdahulu oleh Dayo seri Abdullah Hisan yang hilang kelayakan apabila diistiharkan 'tidak layak' .

    2. Tidak salah jika ada pertandingan walau siapa pun orang nya kebetulah yang menawarkankan diri adalah seorang YB dan seoarng lagi 'tukang kebun' asalakan keduanya layak dan ahli dalam bahagian taiping.
    3. Jika kita dengar rungutan dan keluhan , YB kita boleh katakan gagal mengemudikan pemuda semasa menjawat jawatan ketua kerana banyak pemuda cawangan tutup atas sebab dan alaan kurang aktif dan sebagainya
    4. Diantara kedua calun ' tukang kebun ' lebih mesra alam berbanding yb. Itu lah pandangan rakyat malah tidak mustahil tukang kebun akan menang

    5. Semua perwakilan perlu bijak membuat keputusan samada memerlukan seseorang yang mesra rakyat atau seorang pentadbir yang dianggap kurang bijak berpolitik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ingin membetul kan beberapa fakta di atas.fakta1.saya ke kuala lumpur kerana berkerja setelah tamat ketua pemuda bukan menghilang diri 2.saya tidak mempunyai kempen manager semasa pemuda 3.dan sekarang pun saya tidak memberi sebarang mandat pada encik mohd desa untuk membuat sebarang penawaran 4.saya bertanding bukan untuk menang tetapi kerana melaksanakan prinsip demokrasi .walaupun saya kalah tetapi akan datang pasti ada ramai pejuang yg akan timbul .In Sha Allah

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…