Rabu, 16 Oktober 2013

Kehadiran Mukhriz untuk bertanding Naib Presiden Umno mencemaskan pihak lain



Mukhriz bin Mahathir adalah calon Naib Presiden dan Sabtu ini akan menjadi hari penentu adakah beliau akan menang bersama dua lagi atau beliau kalah buat kali kedua.

2009 Mukhriz bertanding Ketua Pemuda dan tewas di tangan Khairy Jamaludin. Mukhriz menerima kekalahan dengan hati yang tenang dan berlapang dada.

2008 Mukhriz diberikan tanggung jawab untuk mewakili BN bagi kerusi Jerlun dan dikatakan akan kalah kepada calon Pas. Mukhriz cuba dibunuh karier politiknya di sana. tetapi harapan meleset, orang Pas sendiri memberi undi dan kemenangan kepada Mukhriz, terkedu sebentar orang yang anti Mukhriz.

Kini dalam diam-diam Mukhriz menggemparkan Umno dengan hasrat beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Ini menyebabkan musuh yang tidak bertanding kerusi Naib Presiden cuba menyekat kemaraan beliau.

Terkini kehidupan Mukhriz mula didedahkan, jika dahulu rumah mewah Khir Toyo didedahkan dengan musuh mengupah seorang juru foto membuat penggambaran dari udara dan mengakibat kan Khir Toyo kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda. Selain mendedahkan rumah Mukriz musuh beliau cuba mengheret kaum keluarga untuk bersuara bagi memburukkan Mukhriz.

Namum Mukhriz tetap cool..Kini selain usaha beliau untuk menang kerusi Naib Presiden, beliau juga terpaksa berhadapan cabaran besar untuk menang di PRK Sungai Limau 4 November depan.

Berani Berubah itulah slogan yang dibawa oleh Mukhriz. Selain itu cita-cita beliau ialah untuk menegakkan syiar Islam, memertabatkan bangsa Melayu dan memajukan tanah air.

Sekian semoga mencapai kejayaan, mohon undi untuk calon nombor 05.



9 ulasan:

  1. Yg penting dia tidak berlagak cium keris, pastu minta maaf...

    BalasPadam
  2. PASAL DIA ADA QUALITY LAH ORANG TAKUT....
    A TRUE MALAY MUSLIM LEADER...............NO SCANDAL. ,,!
    No ECM LIBRA. ?

    BalasPadam
  3. Pasal ape penyandang2 naib presiden nak cemas? Mereka tetap menang sobab:
    1, Najib nak mereka kekal
    2. Mereka berkempen secara rakit
    3. Mereka rekod cemerlang
    4. Pemimpin2 umno peringkat nasional, negeri & bahagian termasuk sayap2 semua menyokong mereka
    5. S/Usaha Agong & SUK bekerja keras utk memmastikan kemenangan mereka
    6. Media perdana milik umno termasuk media sosial semua berkempen utk mereka

    BalasPadam
  4. Cara pemilihan kali ni lebih banyak dan senang main duit sbb bagi rm 50 ke 100 satu kepala dahcukup. Dulu dgn perwakilan kena up bbrapa kali ganda plus pakej melancong.. umrah..kontrak dlln. Setakat bebudak ahli umno yg bukan taraf perwakilan tu lagi senang dibeli undi. Ini adaaah hakikat. Pemimpin2 UMNO yg ada skrg ni yg perosak sebenar parti. Semoga Allah memberi balasan setimpal diatas kerosakan2 yg korang buat didunia ini..amin.

    BalasPadam
  5. Walau mcmmana pun, 3 penyandang akan tetap menang kerana presiden dah kasi hint kat para perwakilan. Nielah yg dikatakan 'transformasi' tetapi ada tangan ghaib yg membuat percaturan. Sy org UMNO tetapi cara yg ditunjukkan oleh mereka yg memenang jawatan amat mengecewakan. Jangan salahkan rakyat pada PRU14 kerana segala yg berlaku dalam pertandingan sayap UMNO telah memberi mereka presepsi yg sebenar di dalam UMNO.

    BalasPadam
  6. begitulah keadean umno sebenarnya...tak pernah bersih, sbb tu rakyat tak percaya bulat2 pada mereka..dah le penyangak..pemilihan AJK pun depa nak tipu...tengok le nanti naib presiden tentu kerishmuddin kekal....saya kalau kerismuddin kekal..saya keluar umno dan menyokong pembangkang....sbb umno tak pernah berubah walaupun sebut "trnsformasi" memanjang tapi hakikatnya rakyat di dahulukan tak pernah di kotakan, baru beberapa bulan menang dah naik harga minyak....yg menderita rakyat...adakah najib tahu bahawa rakyat susah???brim 1,2 atau mungkin 3..semua keringat dari rakyat dgn mengenakan pelbagai saman......aku rasa BN memang akan pada PRU14 insyaallah...

    BalasPadam
  7. Rasanya untuk Mukhriz menang tu....agak kabur
    sebab......wal hasil akan balik asal....
    kita tunggu dan lihat......

    BalasPadam
  8. Bermula dengan kekalahan berakhir dengan kemenangan insyallah. .teruskan cubaan saudara....

    BalasPadam