Langkau ke kandungan utama

146 500 ahli Umno yang layak mengundi perlu dihormati

Sistem pemilihan secara terbuka merupakan satu transformasi yang dilakukan oleh Najib dan usul untuk sistem pemilihan kali ini diserahkan kepada setiap bahagian untuk dibahaskan dan ianya diterima baik oleh setiap bahagian pada satu persidangan khas 2009 atau 2010 yang lalu. Kini ia diuji keberkesanan buat pertama kalinya.
Ini siapa punya kerja, bila nak bagi hak kepada akar umbi membuat pilihan?
Dunia ICT membolehkan setiap ahli Umno tanpa mengira batasan usia dapat mengikuti perkembangan politik di hujung jari.

Oleh itu wajarlah setiap ahli Umno yang menjadi perwakilan cawangan Sabtu ini diberi kebebasan untuk membuat pilihan.

Jangan ada pihak-pihak yang cuba mengedarkan senarai kononnya ini kehendak Umno negeri atau ini kehendak Putrajaya. Jika ada sesiapa yang cuba mengedarkan senarai calon elok lah buat laporan terus kepada Dato Seri Tajol Rosli Ghazali.

Jangan jadikan Umno berada di takok lama. Faham kan? tak payah nak ulas panjang-panjang. Salute kepada Umno Bahagian Taiping yang memberi kebebasan kepada akar umbi membuat pilihan. Tahniah Dato Shalimin Ketua Umno Bahagian Taiping yang mempertahankan jawatannya untuk kali kedua.

Shalimin ini TM kenal dia dah lama iaitu semasa dalam perancangan untuk membina sebuah rumah awal 90an dahulu,  TM minta ayah Shalimin En Ahmad Shaffie untuk melukis dan menjadi arkitek untuk rumah TM. Pada ketika itu Shalimin sering berada di pejabat ayahnya dan beliau begitu aktif dalam urusan jual beli saham dan boleh dikatakan orang yang terawal menggunakan komputer riba dan mempunyai capaian internet.

Kemudian Shalimin bertugas sebagai pengurus di Bukit Jana Golf Resort yang kini dikenali sebagai Taiping Resort. Kemudian beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Peringkat awal beliau diminta untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian tetapi ditolak dengan baik, akhirnya 2009 beliau sedia memikul tanggung jawab untuk bertanding kerusi Ketua Bahagian dan berjaya menewaskan Dato Abdul Malik Hanafiah. Beliau (Shalimin) bukan beria-ria untuk jadi Ketua Bahagian tetapi atas permintaan dan desakan akar umbi yang mahu Dato Malik direhatkan. Timbalan Ketua Umno ketika itu ialah Cikgu Anjang dan beliau tidak berani mencabar Ketua Bahagian dan menyebabkan seorang yang berani diminta masuk gelanggang dan beliau ialah Shalimin.

Sepenggal mentadbir Umno Taiping sememangnya cukup mencabar. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi oleh beliau dengan tenang. Beliau yakin tranformasi Umno Taiping pasti akan tiba bila sampai waktunya.

Kini, belum pun apa-apa sudah ada yang mencabar dengan alasan demokrasi. Yang peliknya calon yang mencabar beliau berkata beliau bertanding bukan untuk menang.

Tahniah kepada Dato Shalimin kerana berjaya membina sebuah bangunan Umno bersebelahan Pejabat Daerah Taiping.
Shalimin
Sejak zaman Dato Khalid Nasir, zaman allahyarham Cikgu Zulkifli membawa kepada zaman Dato Malik bangunan Umno gagal direalisasikan, kini Shalimin berjaya melakukannya. Nak apa lagi?

Ulasan

  1. Tahniah TM jika anda antara blogger2 yg tidak diupah. Perjuangan ikhlas anda dlm wadah ini akan diberkati Allah swt..amin. Kpd sang blogger yg makan duit dgn menabur fitnah melata, nantikan laknat Allah swt keatas dirimu didunia ini. Mungkin balasanNya kena pada dirimu sendiri atau keluarga atau org yg kamu sayangi. Masih ada waktu...

    BalasPadam
  2. DIHARAPKAN JUGA MEREKA YG MENGUNDI WAJIB TAHU HARAPAN AHLI2 UMNO YG LAIN. KAMI DILUAR NI MENGHARAPKAN PILIH PEMIMPIN YG DAPAT MEMBELA ORANG MELAYU BANGSA DAN TANAH AIR BUKAN YG MENGISI PERUT MEREKA SEMATA2.

    BalasPadam
  3. nak Tanya, bangunan tu sewa ke umno taiping beli? kalu setakat sewa, zaman dato malik dulu pun ada bangunan jugak, depan the store kamunting.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…