Langkau ke kandungan utama

Karpal Singh Tak Tahu Undang-undang Hanya boleh Dimansuh Melalui Parlimen  

Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang kini berada di Mahkamah Rayuan terus berjalan tanpa penghujung menghabiskan wang rakyat.  Percubaan demi percubaan terus dilakukan oleh para peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh untuk menangguh atau menggugurkan kes tersebut.  Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum berjaya.   
 
Antara hujah Karpal Singh ialah bahawa Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah adalah undang-undang lapuk maka, beliau menuntut agar Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan dari mengetuai pendakwaan, sekali gus menggugurkan kes. 
 
Nampaknya, demi politik dan wang, Karpal Singh sanggup membawa hujah-hujah bodoh tanpa segan silu. 
 
Sedangkan, kita percaya, Karpal sebagai Ahli Parlimen dan juga peguam, sedia maklum bahawa Undang-undang tidak akan termansuh sendiri tanpa diputuskan oleh parlimen. Sesuatu undang-undang akan terus berkuatkuasa dan tidak ada istilah 'lapuk' baginya. 
 
Justeru, Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak hujah Karpal dan mengekalkan Muhammad Shafee sebagai pendakwaraya. 
 
Apa yang menarik di sini bukanlah hakikat bahawa Karpal sanggup berpura-pura bodoh tetapi hakikat bahawa beliau merujuk kepada Undang-undang mengharamkan liwat sebagai lapuk. 
 
Tentu semua orang masih ingat bagaimana Anwar turut membawa hujah yang sama dalam temubual dengan Wall Street Journal di mana beliau menganggap bahawa undang-undang yang berdasarkan AlQuran itu sebagai lapuk dan tidak boleh digunakan lagi. 
 
Menurut Anwar, seseorang itu mempunyai hak untuk mengamalkan seks mengikut nafsunya selagi ia dilakukan secara tertutup. 
 
Maka tidak hairanlah apabila Anwar dan juga peguamnya tidak berusaha untuk menafikan yang liwat berlaku tetapi memilih untuk membela diri dengan menggunakan hujah bahawa liwat 'sepatutnya' tidak  salah jika dilakukan secara tertutup.  Ini kerana, yang bersalah di sini ialah undang-undang Malaysia dan bukannya Anwar Ibrahim. 
 
Dari sudut lain pula, hujah Karpal dengan sendirinya membawa maksud bahawa Anwar telah benar-benar meliwat Saiful.  Noktah. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Bukan main lagi si KAPIR-KAPIR DAJAL dr. DAPBANGKAI/PKR, kat M'sia ni, MENJILAT kaki kudis Barat-Israel, yg. MELALAK kat M’sia ni, nak paksa pemimipin Islam/Melayu amalkan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si Barat-Zionis, yg. amat BUAS! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik' - pala hotak si KAPIR SYAITAN Barat-Zionis PENIPU ini, di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu! Puak KAPIR HARBI DAJAL ini akan terus naik muka mereka, utk. MENJATUHkan M'sia sbg. NEGARA ISLAM serta umatnya, dan MENJAJAH kita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. Si-banggali kerusi roda ni perangai lebih teruk dari "benggali puteh" semasa Melaka ditaklok. Kerana kemaruk sangat dengan upahan lumayan si peliwat tua, dia sanggup jadi badut pencacai dengan apa cara...betul atau tidak betul lain kira, asal menang. Ini lah kepala lawyer yang tidak ada integrity dan kejujuran. Seperti iblis....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…