Rabu, 16 Oktober 2013

Jangan lupa calon MT nombor 53 Nasir bin Safar Hero Melayu dari Tanjung Piai Johor


Nasir bin Safar Nombor Calon 53


Datuk Nasir Safar 64 tahun seorang hero dan otai dari  Johor. Seorang anak pekebun nenas yang dilahirkan Kg Parit Selangor. Pernah menjadi Adun dan jawatan terakhir ialah Pegawai Penerangan Khas kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib  yang banyak membuat road show untuk menjelaskan agenda dan hala tuju negara di bawah kepimpinan Najib terutama dalam mewar-warkan kepada khalayak mengenai gagasan 1 Malaysia.

Pada ketika itu sentimen perkauman begitu kuat dimainkan oleh parti pembangkang terutama Dap dan juga segelintir parti komponen BN iaitu Mca dan Gerakan yang seolah-olah bersetuju dengan istilah Melayu juga pendatang apabila Datuk Nasir mempertahankan ketuanan Melayu dan kaum Cina adalah pendatang. 

Berikutan itu dalam ucapan beliau di Melaka telah disalah erti kan oleh pembangkang terutama kaum Cina dan dengan rasa tanggung jawab beliau walaupun didapati tidak bersalah, beliau sanggup melepaskan jawatan dan bergerak solo atas nama NGO untuk memperjelaskan tentang 1Malaysia.

TM pernah hadir dalam program beliau bersama 'Teh Tarik Bersama YB' dan kagum dengan sifat dan sikap beliau yang begitu semangat untuk memperjelaskan gagasan 1 Malaysia walaupun tidak lagi berada di kerusi empuk bersama PM di Putrajaya.

Beliau mempunyai 5 akaun facebook dan mempunyai lebih 25 ribu followers dalam semua akaunnya, walau sudah berusia 64 tahun tetapi kebolehan beliau dan mengunakan media baru untuk menyampai kan maklumat yang betul kepada rakyat terutama generasi muda sangat mengagumkan.

Oleh itu wajar bagi hampir 150 ribu ahli Umno yang akan mengundi Sabtu ini untuk memberi kemenangan kepada beliau bagi meneruskan kelangsungan politik untuk generasi muda. 

sekian..