Sebuah kereta mewah jenis Mercedes rentung 100 peratus selepas merempuh bahagian belakang lori muatan 30 tan minyak kelapa sawit di Kilometer 235 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), dekat Rembau, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, pemandu kereta, Sim Wei Kuat, 36, seorang kontraktor yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Melaka ke Seremban dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan patah tangan.
Menurut pemandu lori berkenaan, Ker Eng Hock, 60, ketika kejadian, dia dalam perjalanan membawa muatan minyak sawit dari Air Kuning, Melaka menuju ke Port Klang, Selangor.
"Ketika sedang memandu di lorong kiri, saya melihat sepasang lampu semakin menghampiri bahagian belakang lori sebelum mendengar dentuman kuat dari arah belakang.
"Lori yang dipandu bergegar lalu saya segera memberhentikannya di bahu jalan dan dentuman kuat itu menghasilkan api.
"Saya segera membantu mengeluarkan mangsa dan bertanya sama ada ada penumpang lain bersamanya atau tidak sebelum membuka kepala lori untuk di bawa jauh dari bahagian kereta dan belakang lori yang terbakar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, kelmarin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.