Langkau ke kandungan utama

Nik Aziz Lebih Gembira Bersama Artis Berbanding Ulama?

 

Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis bersama artis yang dihadiri para penggiat seni penyokong parti pembangkang. Antara artis yang kelihatan adalah, Mustafa Kamal,  Noryn Aziz,  Bob Lokman, Yatt Hamzah,  Akhil Hayy, Waheeda,  Rabbani,  Ainan Tasneen dan beberapa pelakon yang kurang dikenali.  Namun, kehadiran Dr MAZA (Muhammad Asri Zainal Abidin) mengundang seribu tanda tanya. Adakah beliau seorang artis? Seni apa yang beliau lagukan? Adakah seni menjadi lalang politik juga boleh dikira sebahagian dari salah satu cabang seni?

                Begitu taksub dengan politik kepartian, di dalam majlis ini air yang dihidangkan pun diwarnakan dengan warna hijau. Kami tidak tahu apakah rasa air tersebut, namun warna air tersebut sungguh jelek dan kelihatan sangat pelik. Tetapi, itu bukan isu yang ingin kami kupaskan di dalam artikel ini, isu yang paling penting ialah kenyataan Nik Aziz tentang keseronokkan beliau bersama artis-artis yang memuja beliau.

                Seluruh Malaya tahu ramai artis yang kononya telah berhijrah memilih PAS sebagai agama baru mereka. Dan secara automatik mereka akan dianggap sebagai ulama’ dan ustaz sejurus menyerahkan borang ahli parti PAS. Masih segar diingatan kami tentang kenyataan-kenyataan mengarut yang dikeluarkan oleh artis-artis PAS seperti Abby Abadi dan Bob Lokman, dan betapa sempitnya pandangan mereka tentang Islam dan ilmu akidah.

                Namin begitu artis-artis ini masih lagi dijemput untuk mengadiri program-program tertentu walaupun tidak lagi sebegitu aktif seperti mana yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang dulu. Ada juga artis seperti Hairi Othman yang kecewa dengan PAS kerana tiada lagi bayaran diberikan kepada beliau selepas pilihanraya umum ke-13 empat bulan yang lepas.

                Namun begitu, kepelikkan yang melampau adalah apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama-sama artis. Umum mengetahui, golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ini dan mereka memandang hina kepada profesyen seni dan persembahan. Begitu juga dengan aktiviti kebudayaan yang diharamkan di Kelantan kerana kononnya melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kini lain pula ceritanya, dimana artis-artis difatwakan oleh Nik Aziz untuk dijadikan ikon dan contoh kepada masyarakat walaupun mereka tidak mempunyai ilmu agama yang cukup untuk dijadikan contoh.

                Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah pondok menolak Nik Aziz dan partinya, Nik Aziz mengambil langkah populis dengan bersengkongkol dengan artis yang telah merudum populariti mereka. Seolah-olah ada satu perjanjian tolong menolong antara artis pro-pembangkang dan para pemimpin PAS. Mereka menggunakan artis untuk menaikkan imej liberal mereka tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya dengan jubah dan serban sudah mampu untuk mereka rasakan syurga akan berada di bawah tapak kaki mereka.

                Secara tuntasnya, Nik Aziz kini lebih selesa untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding guru-guru pondok dan ulama’ yang selama ini menyokong beliau tetapi telah tersedar dari lamunan permainan kata-kata PAS. Jangan kerana terlalu terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama’ seperti mana perjuangan PAS yang terdahulu.

Artikel berkenaan kenyataan Nik Aziz bahagia bersama Artis boleh didapati di: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22425-bersama-artis-saat-paling-gembira-saya-tg-nik-aziz

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…