Parti Gerakan tekad menggunakan slogan yang sering dilaungkan PR ketika berkempen PRU13, ‘ini kalilah’ dalam membantu BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November ini.
Namum bagi rakan-rakan bloggers pro BN, kami menolak slogan tersebut kerana ia boleh merosakkan aqidah Islam, sebelum ini slogan yang dimainkan oleh Pas, Dap dan Pkr dalam menghadapi PRU 13 lalu mendapat kritikan hebat dan berjaya melemahkan parti pembangkang.
Istilah 'Ini kalilah' membawa erti yang salah jika diulang-ulang sebut.