Ahad, 6 Oktober 2013

Pemilihan Umno bukan 'pesta' tukang karut-KU NAN

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota parti agar mematuhi peraturan dan etika ditetapkan bagi memastikan pemilihan parti tidak menjadi 'pesta' mencari tukang karut atau tukang nyanyi.

Nampaknya ramai penyandang akan kena getah kalau jawatan kuasa disiplin bertindak.

1 ulasan:

  1. Walaupun T.Adnan betul dalam kata-katanya, beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana buat masa ini terlalu ramai penyanyi dan tukang karut menawarkan diri diperingkat bahgian. Perwakilan amat teruja dengan fenomena baharu ini dan telah menunjukkan minat yang tinggi untuk mengangkat penglipur lara sebagai sebagai pemimpin. Mungkin orang UMNO sudah bosan untuk memikirkan secara serious tentang masa depan Melayu dan memilih untuk bersantai dan bersuka ria untuk 4 tahun akan datang.

    BalasPadam