Rabu, 13 November 2013

DBKL dah buat, MPT bila lagi, tikus besar-besar di Cashier Market



Kempen Pembasmian Tikus yang dilaksanakan Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL) khususnya di Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit dilihat dapat mengurangkan pembiakan haiwan itu dengan penangkapan 7,391 ekor tikus sejak Januari lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Hayati Abdullah berkata, pihaknya melakukan pelbagai cara untuk menangkap tikus termasuk memasang perangkap, menabur racun tikus dan menempatkan papan bergam di sekitar kawasan pasar.

"Sebanyak 1,168 unit perangkap, 223 kilogram racun tikus dan 12 papan gam diletakkan di sekitar pasar. DBKL juga membuat kawalan makhluk perosak di pasar itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, usaha memerangi tikus turut dilakukan semasa operasi pembersihan Pasar Raja Bot yang bermula semalam.

Operasi dua hari itu dilakukan bersama anggota DBKL, Alam Flora Sdn. Bhd. dan para peniaga.

Hayati berkata, operasi hari ini menumpu kepada kerja-kerja pembersihan oleh Alam Flora dan membaiki jalan oleh DBKL. - Bernama

MPT ialah Majlis Perbandaran Taiping