Langkau ke kandungan utama

SPPBS dah ditangguhkan, mengapa?

Capaian kepada Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka semula mulai 1 January hingga 31 January 2014.
   
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata ia bagi menambah baik capaian kepada sistem itu dan memberi laluan kepada Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) mengemaskinikan data murid.
   
Kenyataan itu berkata Kementerian Pendidikan amat memandang berat isu capaian SPPBS oleh guru-guru sewaktu mengisi prestasi murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 (Akademik), Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan bukan Akademik) bagi tahun ini.
   
"Bagi memberi peluang kepada guru untuk memasukkan prestasi ke dalam sistem, kementerian melanjutkan proses pengisian prestasi 2013 kepada guru-guru yang terlibat sehingga 31 January 2014.
   
"Bagaimanapun, bagi memastikan sistem itu lebih efisien, pihak kementerian juga ingin memaklumkan bahawa capaian kepada SPPBS ditangguhkan daripada 30 November sehingga 31 Disember 2013," kata kenyataan itu. - Bernama

Ulasan

  1. SPPBS jika dimansuh terus lagi bagus...menyusahkan guru je... kata nak kurangkan beban kerja guru agar boleh fokus pd P& P di kelas, tapi sebaliknya lebih menambahkan beban kerja guru dgn pelbagai aplikasi online...wahai KPM, tingkatkan kualiti talian internet di luar bandar dan pedalaman terlebih dahulu sebelum perkenal pelbagai aplikasi online yg ntah apa2 ntah...

    BalasPadam
  2. This system is like a monkey asking another monkey to use a high speed computer but only handed him a banana. The ministry know hacks how the internet works and they start imposing such idiotic system. They think the computer / internet will solve all their problem for them in a blink of an eye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…