Khamis, 21 November 2013

Exco Kerajaan Perak perlu kereta baru.




Kasihan melihat Exco kerajaan Perak ini. YB Dr Hj Muhammad Amin Zakaria Adun Batu Kurau. Dahulu kereta yang sama terjatuh dalam lopak dan dengan bantuan tulang empat kerat kereta ini berjaya diangkat.

Kali ini masalah radiator pula buat hal, tergendala perjalanan YB. Dari  pagi sampai ke malam kereta terpaksa berkhidmat.

Kita sedia maklum bahawa kereta kerajaan di servis oleh SPANCO, so apabila jadi begini SPANCO perlulah hantar kereta ganti supaya tugas YB tidak tergendala.

Sabar lah YB, harap-harap mungkin kerajaan negeri akan ganti kereta baru Proton Perdana versi Honda Accord.....

3 ulasan:

  1. musibah kerana mengecewakan banyak hati rakyat di batu kurau, baru beberapa bulan jadi adun rakyat dah tawar hati, kelak pru14 kalau masih macam ni jugak alamat bungkusla BN Batu Kurau.Saya pun dah rasa tawar hati nak tolong BN.Progam dekat Arena Square bersama JPN pun hambar dan kurang sambutan, petanda ataupun petaka?

    BalasPadam
  2. Isu di batu kurau bukan disebabkan kellemahan adun yg sedia sda. Ianya berpunca dr bekas adun yg mainkan peranan utk jatuhkan adun baru.

    BalasPadam
  3. Bagi je org yg banyak komen tu jadi adun... Bagi dia tahu yg adun setengah mati nak menjaga hati manusia2 yg tak reti nak bersyukur atas nikmat yg ada masa sekarang ni....

    BalasPadam