Isu kereta: Bagaimana isu ini bermula?
Tiada cadangan tetapkan tempoh usia lupus kenderaan
Utusan Online - Dalam Negeri / 17 mins ago
Utusan Online - Dalam Negeri / 17 mins ago
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kerajaan tidak merancang untuk menetapkan tempoh usia kenderaan bagi tujuan pelupusan kerana tidak mahu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Katanya cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu hanyalah antara penemuan kajian badan tersebut yang mendapati kenderaan melebihi usia 12 tahun tidak selamat.
"Kerajaan tidak akan membebankan rakyat," katanya ketika menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Sim ingin tahu rancangan sebenar kerajaan berhubung pelaksanaan had jangka hayat kenderaan di negara ini.
Jumaat lalu Ketua Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat digunakan berikutan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan - UTUSAN
SEDIKIT ULASAN TM,
MIROS, JPJ dan Kementerian Pengangkutan perlu melihat perkara ini dari sudut yang berlainan.
Kenderaan lama memerlukan servis dan penjagaan yang rapi oleh pemilik. Servis yang baik dengan alat ganti tulen akan menjadikan kenderaan berada di tahap yang baik dan selamat digunakan.
Masalahnya hari ini, terdapat banyak kedai atau bengkel yang menjalankan perkhidmatan membaiki kenderaan menggunakan alat ganti tiruan dan mekaniknya juga tidak mempunyai sijil atau tauliah dan kebolehupayaan mereka boleh dipertikaikan.
Seterusnya ialah lambakan alat ganti terpakai yang mengimport kereta potong dari luar negara. Mereka ini juga menyumbangkan kepada masalah kecurian kenderaan yang dilupuskan sebagai alat ganti.
Disamping itu mereka ini akan lepas tangan jika kenderaan yang mereka selenggara terlibat dalam kemalangan, ini kerana tidak ada rekod atau data menyelenggaraan.
Oleh itu pemilik kenderaan menanggung sendiri risiko kemalangan, ini tidak berlaku di negara barat. Pernah satu ketika sebuah jabatan kerajaan yang banyak terlibat dengan kemalangan jalan raya telah menyebabkan kerajaan rugi besar.
Setelah disiasat oleh ketua jabatan melalui ujian ketulenan oleh jabatan kimia, didapati pihak pembekal telah membekalkan alat ganti tiruan dan pembekal dikenakan hukuman kerana kesalahannya boleh menyebabkan nyawa kakitangan awam melayang.
Bagaimana pula dengan kenderaan milik orang awam atau kenderaan perdagangan? Siapa yang akan membuat ujian kimia?
Oleh itu pihak berwajib perlulah mengharamkan import alat ganti tiruan yang berkualiti rendah dan halalkan bengkel membaiki kenderaan dengan mengenakan syarat- syarat yang ketat.
Seterusnya pihak insurance kereta juga perlu mengkaji bengkel yang kerap membuat tuntutan yang tidak munasabah agar ditamatkan saja hak mereka untuk membaiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kerana pemerhatian TM ialah bengkel ini terlibat dalam merangcang kemalangan di lebuh raya.
Sekian.