Kerajaan tidak merancang untuk menetapkan tempoh usia kenderaan bagi tujuan pelupusan kerana tidak mahu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Katanya cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu hanyalah antara penemuan kajian badan tersebut yang mendapati kenderaan melebihi usia 12 tahun tidak selamat.
"Kerajaan tidak akan membebankan rakyat," katanya ketika menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Sim ingin tahu rancangan sebenar kerajaan berhubung pelaksanaan had jangka hayat kenderaan di negara ini.
Jumaat lalu Ketua Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat digunakan berikutan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan -