Selasa, 12 November 2013

Kenangan terakhir orang kampung bersama Ahmad Busu

Majlis Korban di Masjid Kampung Temerlok Trong

Baju T putih ialah YB Dr Zabry Adun Trong

Paling kanan Saudara Rosli Ahmad

Pada 15 Oktober lepas sempena Hari Raya Haji atau Raya Korban, Allahyarham Ahmad Busu sempat pulang ke kampung beliau di Temerlok Trong untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekolah dan orang kampung buat kali yang terakhir.

Hajat arwah tertunai untuk berjumpa saudara mara dan sahabat handai. seorang rakan memaklumkan bahawa beliau tidak menyangka bahawa arwah akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Sehingga kini mereka masih meratapi pemergian Abang Mad semoga ditempatkan di dalam syurga bersama orang-orang yang beriman. Amin