Langkau ke kandungan utama

Kenapa DAP Takut Pada Sejarah?







Pengumuman Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan SPM menerima cemuhan dan bangkangan hebat dari DAP. Menurut Idris, kerajaan bukan berniat untuk menggagalkan para pelajar SPM tetapi hanya ingin memastikan mereka mempunyai pengetahuan mengenai sejarah asas negara ini. Jika subjek itu tidak dijadikan wajib lulus, maka ramai yang akan hanya mempelajarinya secara sambil lewa atau mengenepikannya langsung.



Blog Lim Kit Siang memaparkan tulisan Koon Yew Yin yang membincangkan perkara ini dari sudut pandangan DAP. Yew Yin menyifatkan keputusan ini merupakan satu tindakan paling teruk bagi pendidikan di Malaysia. Hujahnya, sistem pembelajaran di negara ini sudah cukup teruk di mana tahap kecekapan pelajar bagi matapelajaran penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Inggeris begitu lemah, maka menjadikan Sejarah yang ‘tidak penting’ sebagai subjek penting hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk.



Menurutnya, Malaysia perlu terlebih dahulu memberikan perhatian kepada kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan para pelajar jika benar ingin menjadi negara maju. Dan matapelajaran sejarah tidak akan membantu.



Sebagai seorang yang rasional, penulis bersetuju dengan Yew Yin dari satu segi. Namun begitu, penulis juga bersetuju dengan Datuk Seri Idris Jusoh.



Yew Yin berhujah atas fakta yang benar mengenai kelemahan pelajar kita dalam sains, matematik, Bahasa Malaysia dan Inggeris, serta ketiadaan skil penting untuk menjadi negara maju, tetapi di masa yang sama beliau telah menidakkan punca masalah itu berlaku.



Jika kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan pelajar yang menjadi kekhuatiran Yew Yin, maka ketahuilah bahawa matapelajaran Sejarah mampu mengatasinya. Apa yang penting ialah kita harus mempunyai guru yang bijak yang dapat mengajak murid-muridnya menganalisa serta belajar dari sejarah itu. Dari subjek Sejarah, anak-anak murid dapat berhujah memberi pendapat serta berbincang mengenai sesuatu peristiwa, di samping meningkatkan pengetahuan am. Ini akan menjadikan mereka lebih matang kerana dapat membuka minda terhadap kejadian sebenar yang telah berlaku dan mampu berulang di masa hadapan.



Dengan menuduh bahawa sejarah negara telah dimanipulasi, menunjukkan bahawa Yew Yin telah tidak berhujah secara rasional, tetapi emosional. Yew Yin menuntut agar sejarah tidak dipengaruhi sentimen politik, tetapi Yew Yin sebenarnya berhujah atas sentimen politik yang tegar. Oleh itu, penulis menganggap Yew Yin sebagai seorang hipokrit, sama seperti para pemimpin DAP juga.



Yew Yin, seperti juga Lim Kit Siang dan keseluruhan anggota DAP berada dalam keadaan ‘denial’ atau penafian iaitu tidak dapat menerima sejarah. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambarnya diheret oleh pihak berkuasa kerana menjadi dalang 13 Mei. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar ahli-ahli partinya di atas lori membawa penyapu sebagai simbol untuk menghalau Melayu dari Kuala Lumpur. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar-gambar 13 Mei di mana lambang DAP dapat dilihat di mana-mana kerana menjadi pencetus kepada rusuhan.



Lim Kit Siang tidak mahu mengaku yang beliau dan partinya adalah dalang rusuhan kaum dan bertanggungjawab mencetuskan kebencian.



Selain 13 Mei, masalah DAP mengenai sejarah juga, ialah komunis. DAP dibentuk dari semangat komunis yang kuat dan semangat itu masih lagi membara sehingga ke hari ini. Buktinya ialah usaha berterusan DAP untuk menjulang komunis sebagai wira menentang penjajahan. Walhal, komunis menentang penjajah atas alasan untuk menjajah juga. Komunis tidak mahukan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam dengan undang-undang yang ditiru dari British. Komunis ingin membentuk negara komunis dengan seorang ‘tokong Cina’ sebagai pemimpin.



Atas hakikat inilah, DAP terlalu takut dengan sejarah dan tidak mahu anak-anak mereka mempelajari sejarah. Mereka menanamkan dalam minda anak-anak mereka bahawa sejarah tersebut adalah palsu walaupun terdapat gambar-gambar dan juga laporan-laporan dari berbagai pihak termasuk mereka yang terlibat secara langsung yang masih hidup.



Keengganan mempelajari sejarah menjadikan satu-satu bangsa itu jahil, tidak prihatin dan tidak matang. Ini terbukti melalui sikap anak-anak Cina hari ini yang cukup ‘terasing’ dari sistem sosial negara. Mereka tidak punya jati diri, tidak punya rasa cintakan negara dan tidak memahami atau menghayati kewujudan negara ini.



Selain itu, mereka juga tidak mampu memahami budaya dan sensitiviti kaum lain. Pendek kata, mereka tidak punya emosional kualiti yang mana menjadikan mereka warga yang biadap dan manusia yang tidak prihatin. Dalam kata lain, mereka menjadi manusia yang dingin, kaku tanpa perasaan sayang dan hormat. Sebaliknya, hati mereka penuh dengan kebencian, dendam dan ketamakan.



Lebih teruk lagi apabila sekolah-sekolah Cina pula menanamkan kepercayaan bahawa sejarah negara telah ditukar oleh kerajaan. DAP pula menggunakan kempen Sejarah Sebenar sebagai ‘senjata’ untuk terus menghasut anak-anak Cina agar tidak mempercayai dan mempelajari sejarah. Ini menjadikan masyarakat Cina sangsi, prejudis serta benci pada kerajaan. Perasaan ini kemudiannya membawa kepada kecelaruan identiti kerana tidak dapat mengaitkan diri mereka kepada negara mereka sendiri.



Sebenarnya, tiada siapa yang untung dengan tindakan ‘memusuhi’ sejarah.



Negara akan sentiasa berada dalam keadaan bergolak jika masyarakat Cina terus mengambil sikap memusuhi sejarah. Dan seperti juga peristiwa 13 Mei, tiada siapa yang lebih bertanggungjawab terhadap pergolakan ini melainkan DAP sendiri.



Kerajaan tidak akan menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus jika tiada ancaman untuk menukar dan menghasut rakyat. Oleh kerana ancaman itu berterusan, maka pendekatan paksaan ini telah terpaksa dilakukan. Sejarah yang dilupakan pasti berulang, mungkinkah itu yang Yew Yin inginkan?

Kisah cina maki orang azan di Puchong dapat pembalasan tunai dari Allah.
http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/11/eksklusif-cerita-sebenar-cina-maki-azan.html

Ulasan

  1. Kini kerajaan Malaysia dikuasai oleh orang melayu dari parti UMNO. Suka tidak suka jika orang cina masih mahu tinggal dalam Malaysia maka mereka kena ikut apa yang dibuat oleh kerajaan . Jangan ada diantara sesiapa yang hendak menjadi juara untuk bangsanya. Kit Siang harus sedar jika beliau mahu bermain dengan api, maka jangan takut untuk terbakar dijari sendiri. Orang melayu sudah cukup bersabar dengan orang cina dan india. Apa yang tok nenek kami orang melayu tidak beri kepada orang cina. Pemberian itu adalah kerana sempati tok nenek kami kepada tok nenek orang cina dan india. Jangan ingat kami orang melayu lemah. Kami orang melayu yang beragama islam mengamalkan cara hidup yang penuh tolak ansur. Kami tidak mempuyai sifat tamak walaupun negara ini kami yang punya. Kami sangup untuk berkongsi dengan bangsa lain demi rasa sempati kami. Kami bukan bangsa yang tamak haloba. Maka dengan itu DAP jangan cuba untuk mengubah sejarah tentang dato nenek mereka. Biar anak cucu mereka bangsa cina tahu akan keujudan dato nenek mereka di Tanah Melayu. Jangan sesekali DAP mahu menjadi juara kepada bangsa cina. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. Jika berlaku rusuhan kaum sekali lagi di Malaysia maka akan pasti ianya lebih teruk dari apa yang berlaku pada tahun 1969. DAP jangan ingat dengan bertambahnya kerusi mereka di parlimen maka mereka boleh sesuka hati untuk membuat apa yang mereka suka. Orang melayu jika sudah hilang sabar maka padah akibatnya. Jangan ingat kesabaran kami ini kami lemah. Jika itu anggapan DAP pada orang melayu maka DAP melakukan kesilapan yang besar.

    BalasPadam
  2. KERANA DAP NI KOMINIS BABI!!!


    CINA SIAL PULAK DAH LAMA MAHUKAN MELAYSIA!!

    MELAYU BODOH SEBODOH2 NYA JER YANG SENANG DI TIPU!!

    BalasPadam
  3. depa mesti bangkang punya sbb pelajar cina kebanyakannya x brapa nk boleh lulus subjek Sejarah kecuali pelajar cemerlang saja.. sbb subjek Sejarah diajar dlm bahasa kebangsaan.. bahasa Melayu.. kebanyakan pelajar Cina x brapa fasih & faham Bahasa Melayu.. itu la puncanya.. sekiranya Sejarah wajib lulus dilaksanakan kelak kita tunggu & lihat brapa kerat pelajar Cina yg gagal serta brapa brbondong bondong yg lulus .. saya faham sbb dh pernah duduk sekolah cina ni.. depa paling malas bila blajar subjek Sejarah.. x paham & boring kata depa.. yg parah cikgu yg mngajor depa tu la.. nk masok kelas pn xde selera...

    BalasPadam
  4. http://4.bp.blogspot.com/-9JC5KuzhIIA/UoRO1rihzEI/AAAAAAAAYnY/eD5ZkExA7u8/s1600/5+Pelajar+Sekolah+Tarat+Tayang+Isyarat,+Perlekeh+Buku+Sejarah-2.jpg

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…