Jumaat, 8 November 2013

Red Bean Army serang laman web ekonomi pula setelah gagal dalam PRU 13

Setelah gagal dalam cubaan menggulingkan BN dalam pilihan raya yang lalu, kini tentera siber pembangkang cuba menyerang sebuah laman web pelaburan dengan tujuan menjahanamkan ekonomi negara. Laman web yang diserang ialah investor.com.

Penyerang dengan sengaja menabur fitnah dan memburukkan negara terutama dalam sektor pelaburan.

Laman web ini merupakan laman web yang berasaskan investment saham. Akan tetapi di dalam laman web ini turut terdapat bahagian forum. Masalahnya bahagian forum ini kesempatan diambil untuk mengutuk kerajaan dan menyiarkan artikel yang menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. malah ada antaranya fitnah belaka.

Penyerang sudah amat keterlaluan dalam forum ini terutama individu yang menggunakan identiti akito yang hanya datang ke forum ini untuk meletakkan artikel-artikel yang berunsur fitnah dan juga memburukkan kerajaan dan lebih-lebih lagi menunjukkan sifat benci terhadap UMNO.

TM berharap pihak SKMM dan lain-lain badan pemantau dapat melihat dan menilai tulisan-tulisannya dan ambil tindakan sekiranya perlu.
http://klse.i3investor.com/index.jsp