Sabtu, 14 Disember 2013

Harap2 tak berulang kes begini

Seramai 11 suspek termasuk seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian jentera berat di sekitar negeri ini, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Anggota JPJ yang merupakan seorang wanita berumur 56 tahun itu diberkas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, pihaknya telah melancarkan Operasi Cantas Lejang di Temerloh melibatkan satu pasukan khas dengan gabungan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bagi membanteras kes kecurian jentera berat ini.

"Dengan penahanan 11 suspek ini, kita berjaya melumpuhkan satu sindiket mencuri jentera berat melibatkan 23 buah jengkaut jenis Case serta dua jenis JCB dan sebuah jentera pengorek atau excavator yang kesemuanya bernilai RM2.6. juta.

"Ini bermakna kita juga berjaya menyelesaikan 20 kes kecurian jentera berat iaitu dua di Pahang, Selangor (sembilan), Johor (lima), Kuala Lumpur (tiga) dan satu di Perak manakala enam lagi jentera tidak dapat dikenal pasti rekod jenayahnya kerana terdapat usikan yang teruk ke atas nombor enjin dan casis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di IPD Temerloh di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Aziz Salleh.

Menurutnya, semua suspek yang berumur antara 30 hingga 56 tahun itu ditangkap secara berasingan di beberapa tempat di negeri ini, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

"Jentera berat ini sebahagian besarnya dilaporkan dicuri di negeri ini dan dijual di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur dengan nombor casis enjinnya dipadam sebelum dijual kepada pembeli," ujarnya.

Sharifuddin berkata, sindiket terbabit telah aktif mencuri jentera berat sejak awal tahun ini dan mereka juga didapati terlibat dengan tiga kes samun iaitu di Kajang, Selangor.

"Tangkapan semua suspek ini juga dapat membantu polis menyelesaikan kes pengeluaran dokumen kenderaan palsu seperti geran dan cukai jalan dan kita turut merampas semua peralatan dan dokumen yang ditemui bersama suspek," jelasnya.

NOTA LUTUT

Dahulu pihak polis telah melumpuhkan satu kumpulan curi dan lerai bahagian kenderaan termasuk lori. Kumpulan itu bergerak di Lembah Kelang dan tangkapan telah dibuat hingga ke Taiping tidak jauh dari Taman Berkat Simpang Taiping dan kes kecurian dianggarkan bernilai RM 10 juta.

Identiti penjenayah tersebut dikenali ramai, nampaknya tak ada pendakwaan pun terhadap individu tersebut. Apakah mereka yang ditangkap di atas dalam kes terbaru ini akan ddakwa dan dihukum atau?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.