Kini jenama proton sudah hampir 30 tahun usianya. Jika dahulu proton menguasai lebih 80 peratus pasaran tempatan tetapi kini merudum kepada 20 peratus sahaja, kenapa terjadi begini?
Alasan pertama ialah harga kereta keluaran Proton amat murah berbanding kereta jenama lain seperti Toyota, Honda, Mazda dan lain-lain jenama Eropah walaupun dalam bentuk CKD.
Cabaran pertama yang dihadapi oleh Proton ialah selepas terbentuknya jenama kereta tempatan kedua iaitu Perodua yang bermula dengan Kancil 660cc 4, 5 kelajuan serta versi automatic. Namum Proton terus mendapat sambutan dengan model Wira Sedan dan Aeroback, Satria dan Perdana. Namum dengan sikap agresif Perodua dengan menghasilkan beberapa model baru akhirnya Perodua berjaya menewaskan abangnya Proton.
Kini rata-rata rakyat Malaysia sudah mula membelakangkan kereta jenama tempatan, model-model CKD dari jenama luar mula kembali menguasai pasaran tempatan bukan kerana harganya dimurahkan tetapi kerana keupayaan atau kuasa membeli rakyat semakin meningkat.
Pun begitu sektor kereta bersaiz kecil yang masih dikuasai oleh jenama Malaysia namun ia masih dikejar rapat oleh jenama Kia dan Hyundai.
Proton juga telah menghentikan pengeluaran beberapa model seperti juara, savy, gen2, putra, perdana dan tiara kerana terdapat banyak kelemahan mekanikal dan kurang cantik pada mata rakyat Malaysia.
Proton cuba bangkit dengan model Prevee dan Suprima dengan pelbagai teknologi terkini dimasukkan ke dalam kereta tersebut namum ia masih belum mampu menambat hati pembeli terutama golongan profesional muda.
Salah satu sebab kenapa ia kurang digemari kerana rekabentuk kurang halus atau kurang menawan hati pembeli. Kedua ialah badan kereta yang fragile atau lembut dan mudah berkarat jika tercalar.
Kini proton mucul lagi dengan model Perdana dengan menggunakan asas honda accord. Ini satu strategi yang terbaik yang pernah dilakukan oleh Proton selepas gagal dalam perundingan dengan Volkswagen. Percantuman jenama Honda dan Proton dijangka akan meletuskan satu fenomena baru dalam pasaran kereta mid size pasaran tempatan dan ia dilihat sangat dicemburui oleh pesaing segment ini.
Pun begitu rakyat terpaksa menunggu setahun lagi untuk membolehkan mereka membeli model Perdana ini.
Kepada pengkritik gabungan ini, kita tidak perlu risau kerana ia adalah perkara biasa dalam permotoran hari ini kerana bak kata pepatah melayu lama "hanya jauhari menngenal manikam"
Sudah tentu apabila Perdana baru dijual kepada orang awam ia akan mendapat sambutan paling hangat. Siapa tak suka tag line Honda " the power of dreams"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.