Langkau ke kandungan utama

Pas Kelantan Tolak Untuk Sertai Himpunan Gulingkan Kerajaan

 

Keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akan mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.

 

Paling menarik apabila, keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu malam semalam.

 

Menurut Menteri Besar Kelantan itu,  Pas Kelantan memutuskan untuk tidak akan menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.


Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

 

Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporan beberapa media dan portal pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan pada malam 31 Disember ini.

 

Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup. Namun di dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan 'Himpunan Guling Kerajaan : 31 Disember 2013.

 

Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburu beberapa individu yang dipercayai menjadi dalang dan penganjur program tersebut dan beberapa langkah proaktif turut diambil bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pihak awam.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124  C, Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

 

Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama menjelaskan pihaknya langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapat maklumat mengenainya.

 

"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunan guling kerajaan) dan tidak tahu pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun tidak sampai," kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat

 

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, disebabkan keputusan yang dibuat itu Pas Kelantan telah dikecam oleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook.

 

"Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan Najib Altantunya setelah bersalam dengan Najib! Leher Amat Yaakob dah menjadi seperti kura-kura masuk dalam cengkerang!" kata salah seorang penguna Facebook di laman sosial itu.

 

Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnya menyokong himpunan yang bakal diadakan itu, namun masih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidak bersetuju dengan pendekatan radikal sesetengah pihak yang terlalu kemaruk inginkan kuasa.

 

Ini kerana, mereka sedar percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Entah entah ni cakap depan2 je, kat belakang cakap lain.

    BalasPadam
  2. Entah entah ni cakap depan2 je, kat belakang cakap lain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…