Jumaat, 27 Disember 2013

PAS KINI BUKAN PAS YANG DAHULU

Parti Pas kini sudah berusia 62 tahun, sejarah Pas sebagai parti politik cukup menarik. Pas ditubuhkan atas dasar kecewa dan dendam terhadap kepimpinan Umno berikutan kekalahan dalam perebutan jawatan Presiden Umno. Ustaz Fuad kalah kepada Tuanku Abdul Rahman lalu menubuhkan parti Pas pada tahun 1951.

Selepas Pas wujud sebagai parti pembangkang, parti itu menggunakan pendekatan mengkafirkan Umno dan pemimpinnya. Keadaan menjadi lebih parah lagi selepas Umno bekerjasama dengan bangsa Cina dalam MCA dan selepas Umno menjalin hubungan kaum India atau Hindu yang berada dalam  MIC. Umno terus dilabelkan kafir berterusan hingga bertahun-tahun.

Kerjasama Umno dengan MCA dan MIC adalah satu syarat yang ditetapkan oleh Inggeris untuk menuntut kemerdekaan, Inggeris hanya akan membenarkan Tanah Melayu merdeka sekiranya bangsa-bangsa lain tidak diabaikan. Inilah punca kepada penyatuan Melayu, Cina, India dan lain dalam satu nama yang dikenali sebagai PERIKATAN.

PAS sejak awal lagi menentang gabungan Umno dengan bukan Islam dan Umno dilabelkan kafir, Umno kononnya menjual agama, Umno menolak Islam, Umno sekular, Umno itu dan Umno ini.

Hanya Pas kekal menjadi sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam, namun sejak berkawan dengan Dap dan Pkr, Pas kini menyimpang jauh. Demi kuasa politik Pas sanggup masuk ke kuil, tokong dan gereja atas sama politik. Umno buat dihukum haram dan kafir, Pas buat OK.

Hari ini selepas 62 tahun berjuang atas nama Islam, akhirnya Pas jatuh ke tempat paling jijik. Dr Rani Adun Pas Meru sanggup masuk ke gereja demi politik, Panji Perjuangan Islam Pas kini dicemar oleh seorang penganut hindu yang meninggal dunia dengan menjadikan kain pembalut keranda, penganut Hindu itu tidak salah tetapi yang bersalah adalah pemimpin Pas yang tidak melarang perbuatan tersebut. Ia menyebabkan pemimpin dan macai Pas terpaksa mencari dalil bagi mempertahan perbuatan tersebut.

Sayang seribu kali sayang, 62 tahun panji perjuangan Pas diagung-agungkan telah dicemari dalam satu hari sahaja oleh seorang penganut Hindu.  Ia merupakan satu sejarah dan titik hitam kepada Pas. Seluruh kepimpinan hari ini berasa malu tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur, terima sajalah.

Andai kata setahun dua yang lalu, seorang pengunut Hindu atau seorang Kristian dari Sabah membalut kerandanya dengan bendera Umno, 5 tahun Pas akan menjaja cerita tersebut.

Kesimpulannya ialah, Allah bayar tunai.......