Ahad, 8 Disember 2013

Tahniah buat bekas pegawai kastam yang jadi Ketua Pas Perak

Siapa tak kenal dengan Razman calon Pas Lenggong untuk kerusi parlimen kawasan tersebut.

Razman juga popular semasa bertugas sebagai pegawai kastam di Pelabuhan Kelang. Rakan baiknya telah ditemui mati kerana mati mengejut di bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Razman yang memiliki harta yang bernilai juta-juta berjaya memikat hati pemimpin Pas Pusat. Sekembalinya ke Lenggong dan menyertai Pas beliau terus dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dan kini bintangnya terus begemerlapan dengan jawatan nombor satu di Perak.

Kejayaannya menyebabkan musuh-musuh dalaman Pas mula mempertikaikan perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Mereka mahu Nizar Jamaluddin menjadi orang nombor 1 tetapi pada hemat TM, Razman lebih layak daripada Nizar Jamaluddin yang hanya menjadi kuda tunggangan Dap. Kesilapan Nizar juga menyebabkan beliau hanya berjaya menjadi MB Perak selama sebelas bulan sahaja.

Nizar mempunyai sifat mulut capoi dan berbeza dengan Razman yang lebih profesional dalam perjuangan politik. Razman tidak mudah melenting apabila dikritik. Razman lebih cool lebih hemoi. Inilah ahli politik sejati.

Tm pernah menentang beliau habis-habisan dalam kempen PRU 13 yang lalu untuk memenangkan calon BN iaitu YB Dato Shamsul Annuar dan misi itu berjaya tetapi dalam isu dalaman Pas Perak TM tetap menyokong perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Syabas dan Tahniah dari Taipingmali. Hidup Razman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.