Isnin, 10 Februari 2014
Taiping Oh Taiping, Aman selama-lamanya
Bulan Januari sudah pun berlabuh dengan membawa banyak kenangan, tetapi dek kerana banyak cerita-cerita baru timbul maka cerita lama kita terlupa untuk diperingatkankan.
Taiping baru sahaja selesai sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan dengan kehadiran YAB DS Najib ke Majlis Sambutan Peringkat Kebangsaan Sabtu lalu bersamaan 8 Februari 2014 sehari selepas Chop Goh Meh.
Persediaan untuk majlis yang besar ini bukan sehari dua persiapannya. Bukan kecil belanjanya. Apa tidaknya, sehingga pagar konkrit Pejabat Daerah Taiping terpaksa dirobohkan untuk memboleh kawasan Pejabat Daerah dan MPT di jadikan venue sambutan majlis peringkat kebangsaan.
Walaupun media perdana melaporkan jumlah kehadiran luar biasa tetapi bagi TM majlis ini kurang berjaya dan kurang memberi impak yang besar kepada kaum Cina Taiping.
Yang ramai hadir ialah bukan cina, mereka adalah daripada komponan BN. Terdapat juga sedikit pelancong asing yang datang mungkin melalui pakej pelancongan.
Sewaktu majlis berjalan sebelum Najib berucap, meja-meja banyak sudah kosong kerana tetamu cina ramai yang sudah pulang, di sepanjang jalan seperti Jalan Tamingsari kelihatan tidak ada kesesakan langsung,
Jelas menunjukkan kurangnya penyertaan kaum cina, yang hadir hanyalah dalam jumlah yang kecil, lebih meriah majlis perayaan tokong sayur di Jalan Tupai atau pesta tanglung.
Nampak sangat cina Taiping boikot majlis tersebut. Satu sebab mungkin kerana banyak jalan ditutup menyebabkan ramai yang tak mahu hadir, cina yang ada kebanyakan yang tinggal dalam rumah kedai.
Apapun ramai yang menyatakan majlis tersebut berjaya tetapi buat TM, ia berjaya dari sudut perlaksanaan tetapi kurang memberi impak untuk jangkamasa panjang. Mereka lebih mendengar cakap Nga Kor Ming daripada cakap Tiong Lai atau Najib.