Isnin, 10 Februari 2014

Mat Sabu dah lupa Mat Indera



30 Januari 1953 adalah tarikh keramat buat Parti Pas, lebih-lebih lagi Mat Sabu. Tahun lalu seawal Januari lagi, Mat Sabu, Ustaz Akmal Kamarudin, calon Pas Kamunting dan beberapa orang tokoh Pas dalam dan pusat sibuk mengadakan ceramah memperingati 60 tahun kematian Mat Indera.

Kemuncak perancangan Mat Sabu ialah untuk menganjurkan satu perhimpunan khas di tapak pasar malam Kamunting dan seterusnya peserta perhimpunan akan berarak ke penjara Taiping untuk buat demo depan salah sebuah penjara tertua di Malaysia. Seterusnya rombongan akan berarak sehingga ke kubur Mat Indera di belakang Masjid Kg Jambu.

Pas kawasan Batu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut terlibat dengan menaja sebuah papan tanda di atas kubur tersebut. Setiap hujung minggu kubur tersebut dikunjungi oleh pengikut Pas dari seluruh negeri dengan bas dan kereta persendirian, malah adik Mat Indera yang hadir sebagai penceramah turut dibawa melawat kubur tersebut.

Akan tetapi, sayang seribu kali sayang," Tipah tertipu", kubur yang dikatakan milik Mat Indera sebenarnya adalah palsu.

Setelah krew TM membuat pendedahan dan membuat bantahan program memperingati kematian Mat Indera, telah menyebabkan Mat Sabu mendapat malu besar.

Kubur Mat Indera yang sebenarnya didedahkan kepada umum dengan bantuan televisyen kerajaan dan swasta.

Kini peristiwa tersebut sudah setahun berlalu dan Mat Sabu sehingga hari ini tidak berani lagi menyebut nama Mat Indera. Jika pembohongan Mat Sabu tidak dibongkar, sudah tentu 30 Januari 2014, Mat Sabu akan membuat majlis poja roh komunis buat kali kedua .