Rabu, 26 Mac 2014

Kassim Ahmad di tahan untuk siasatan

Bertempat di rumah Kassim Ahmad di lot 1504 , Jalan Kulim Height 3, Persiaran Kulim Golf, 09000 Kulim. Seramai 10 orang penguatkuasa terdiri dari 5 orang Pej. Agama Daerah Kulim (PADK) dan 5 orang Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) diketuai Ust. Anwar Salehuddin Bin Mat Saad [ Penguatkuasa Pej. Agama Daerah Kulim ] menyerahkan waran tangkapan bertarikh 25 Mac 2014 dan waran geledah bernombor 003143 bertarikh 19 Mac 2014 dari Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ke atas Kassim Ahmad. Namun Kassim Ahmad enggan menurun tandatangan penerimaan di muka 2 waran tersebut, sebaliknya menghalau penguatkuasa agama untuk pulang kerana melakukan kerja yang mengarut dan tidak mengiktiraf mana-mana pejabat agama.Penguatkuasa agama terus membuat tangkapan dan bawa Kassim Ahmad ke IPD Kulim untuk membuat laporan tangkapan dan seterusnya akan membawa Kassim Ahmad ke Bahagian Penguatkuasaan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tidakan selanjutnya. Laporan Polis Hi Tech Rpt. No. 402/14 bertarikh 26/03/2014 @ 1513 adalah berkaitan.

Ulasan.
Kassim Ahmad merupakan ahli politik sosialis dan terkenal dengan gerakan anti hadis. Kassim Ahmad ditahan di bawah Sek. 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah [Wilayah-Wilayah Persekutuan] 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama islam semasa Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 16 Feb 2014. Sebelum tangkapan ke atas Kassim Ahmad dilakukan, Kassim Ahmad telah mempertikaikan kuasa-kuasa penguatkuasaan, waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya dan berkeras tidak mahu mengikut arahan yang terkandung dalam waran tangkap tersebut. Selepas penerangan oleh pihak PADK, akhirnya Kassim Ahmad bersetuju mengikut penguatkuasa PADK dan turut ditemani isterinya Sharifah Fawziah Binti Syed Yussof. Difahamkan, selepas tangkapan dan laporan polis dibuat, Kassim Ahmad akan dibawa oleh penguatkuasa PA