Rabu, 26 Mac 2014

Azmizan ahli Pkr dari Selangor menghina penduduk Melanau Balingian

Azmizan seorang ahli parti Pkr yang melawat Balingian dalam Daerah Mukah hari ini telah menghina kaum Melanau dengan menyiarkan gambar beliau berdiri di belakang sebaris bangunan lama yang terdapat di kampung tradisi masyarakat Melanau.

Memang benar bangunan itu kelihatan buruk dan tidak cantik tetapi ia merupakan bangunan lama yang wujud sejak pembukaan kampung tersebut. Balingian sememangnya sebuah kampung bukan sebuah pusat bandar sebagaimana yang didakwa beliau.

Bandar Mukah adalah pusat bandar kepada penduduk Balingan untuk berurusan dengan jabatan kerajaan dan untuk tujuan membeli belah.

Balingian tidak seperti 30 atau 40 tahun yang lalu, jika dahulu perhubungan utama ke sana hanyalah menggunakan tongkang dan bot laju jika mahu ke Bintulu dan Mukah, tidak ada jalan darat. Akan tetapi mulai tahun  pertengahan tahun 80an jalan darat mula dibina dan kini jalan raya berturap menjadi alat perhubungan utama penduduk Balingian dengan bandar-bandar besar seperti Miri, Sibu, Kuching dan lain-lain daerah.

Di kawasan pedalaman sungai Balingian terdapat beberapa buah rumah panjang yang dihuni oleh kumpulan etnik Iban, terdapat segelintir kaum Cina Foochow yang berniaga dimana sebagaimana terdapat dalam gambar tersebut.

Kegiatan utama penduduk dikampung ini ialah nelayan, pengusaha tanaman sagu rumbia dan bercucuk tanam. Dahulu kebanyakan anak-anak penduduk kampung ini bersekolah di bandar Mukah di peringkat menengah. Sekolah menengah menyediakan asrama kepada mereka. Antara sekolah menengah yang menjadi pilihan ialah SMK 3 Sungai dan SMK St Patrick Mukah.

Kini dengan adanya jalanraya pantai, Daerah Mukah menjadi tumpuan pelancong setiap hujung minggu, rata-rata pengunjung akan mencari umai sejenis makanan yang menggunakan isi ikan terpilih untuk dimakan secara mentah. Umai boleh dibuat menggunakan ikan perang, ikan bawal dan ikan yu.

Selain umai, ulat mulung atau ukat siet juga menjadi kegemaran penduduk tempata  dan pelancong. Jika ke sana jangan lupa untuk membawa pulang kuih tabaloi yang dibuat daripada tepung lemamtak atau nama lain ialah tepung sagu.

Mukah dan Balingian juga merupakan tempat mendarat ikan-ikan segar yang terbaik dari Laut Cina Selatan. Ikan yang diperolehi dari kawasan ini sangat lazat dan manis selain saiz ikan yang sangat besar jika dibanding dengan ikan yang didaratkan dimana-mana tempat lain.

Mukah mempunyai keistimewaan lain, antaranya menikmati sunset di tepi pantai dan juga pesta kaul yang diadakan selepas musim tengkujuh.

Kini bandar Mukah pesat membangun jauh berbanding sebelum tahun 80an. Semua pembangunan Mukah adalah hasil usaha mantan ketua menteri  TYT Taib Mahmod, beliau boleh dikatakan sebagai arkitek kemajuan dan pembangunan bumi Sarawak agar setanding dengan negeri di semenanjung.

Kepada penduduk Balingian dan Mukah, perlu menolak kemasukan parti Pkr yang menunjukkan sikap bongkak dan sombong sehingga sanggup menghina penduduk Balingian.