Khamis, 27 Mac 2014

Pkr menghina lagi penduduk Mukah dan Balingian

Tak cukup dengan penghinaan oleh ahli Amk dari Selangor kelmarin, pagi ini macai Pr atau red bean army terus mengeluarkan bahan kempen yang menunjukkan bandar Mukah dan Kampung Balingian adalah petempatan paling buruk dan tidak membangun.

Jika diperhatikan gambar di atas red bean telah mencedok gambar arkib dari blog Sk Kg Tellian Mukah, gambar arkib dua bangunan lama dijadikan modal mereka.

Begitu juga tiga gambar di sebelah kanan ia di kutip dari goggle iaitu gambar rumah Kpg Penakub Ulu dan dua gambar di bawah adalah di Kpg Tellian sendiri tempat kelahiran calon yang sedang bertanding mewakili Bn.

Mungkin RBA boleh memperdaya atau membohongi orang luar yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bahagian Mukah tetapi tidak dapat menipu pengundi di Dun Balingian itu sendiri. Ini kerana mereka sendiri merasa dan hidup dalam arus pembangunan yang dimulakan sejak tahun 80an.

Jika dahulu Mukah adalah sebuah pekan kecil dalam bahagian ketiga (  3rd Division   ) dan ditadbir dari Sibu, kini Mukah telah menjadi sebuah daerah yang besar bermula dari pertengahan Sungai Dallat, Sungai Mukah, Sungai Balingian, Sungai Igan,  dan memanjang dari pantai Balingian hinggalah ke Pulau Bruit,, Kpg Rajang dan Mato Daro..

Jika 30 tahun Mukah hanya pekan kecil berdinding papan tanpa taman perumahan, kini sudah ada bangunan tinggi, hospital yang besar, malah lapangan terbang utama mampu menerima pendaratan pesawat besar seperti Boieng.

Kini Mukah juga menjadi hub kepada pelbagai pembangun industri moden yang telah dan sedang dibangunkan untuk kesejahteraan penduduk.

Kini Mukah menerima penambahan penduduk yang berhijrah dari tempat lain kerana pembangunan yang dilakukan oleh Taib sewaktu menjadi Ketua Menteri. Jika pertengah tahun 80an, bandar Bintulu menerima penambahan dan penghijrahan masuk penduduk dari daerah lain kerana jumpaan gas asli, minyak dan lain-lain, kini Mukah pula menjadi tumpuan kerana industri perkapalan, arang batu dan lain-lain.

Akhir kata kepada red bean army yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke daerah tersebut, dicadangkan untuk membuat lawatan ke sana selama 3 atau 4 hari, kerana daerah tersebut terlalu besar untuk lawatan sehari. Penginapan pun baik kerana ada banyak resort dan hotel di sepanjang pantai.

Sekian