Memetik laporan Media Selangorku, kematian Allahyarham Mansor disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas dihubungi sendiri anak sulung Allahyarham Mansor pagi tadi.
Pengurusan jenazah dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.
Terdahulu, Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.
Mansor lebih dikenali sebagai DJ Mansor merupakan antara individu awal yang bertugas bersama Media Selangorku yang ketika itu baru ditubuhkan pada 2009 dan dikenali sebagai TV Selangor.
Selain mengendalikan rancangan Apa Khabar Selangor (kini dikenali sebagai Salam Selangor), DJ Mansor pernah menjadi penyampai stesen Radio Web Selangor (RWS) selain menjadi tenaga pengajar kepada bakat baru yang ingin menceburi bidang pengacaraan.
Al fatihah |