Ahad, 27 April 2014

Anwar dan Mat Sabu sekali lagi buat kerja haram

Majlis memperingati kematian ahli politik pembangkang sekali lagi mengundang persoalan dalam hukum Islam.

Dahulu setiap kali diadakan majlis memperingati kematian pejuang tanah air, akan diadakan satu istiadat ketenteraan dengan menjemput pembesar negara hadir untuk majlis meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara.


Perbuatan tersebut telah mendapat teguran daripada jabatan agama dan mufti serta majlis fatwa negara menyatakan perbuatan tersebut adalah haram. Justeru, kabinet dan kementerian pertahanan dengan segera menghentikan majlis tersebut.

Antara mereka yang lantang mengkritik perbuatan tersebut ialah pemimpin parti Pas dan juga bekan mufti Perlis.

Kini sejarah berulang lagi, harap pihak Pas tidak pula mendiamkan diri apabila timbalan presiden parti mereka menghadiri majlis tersebut dan kelmarin, majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin parti masonic negara dan beberapa orang peguam kontroversi yang terlibat dalam kes menyokong tuntutan murtad Lina Joy.

Harap Harun Din orang kuat pemimpin pembangkang yang juga kroni pemimpin masonic dapat membuat kritikan dan teguran terhadap pemimpin parti mereka.

Media Pas dan Pkr mungkin akan spin cerita sebaliknya bagi menyokong perbuatan pemimpin mereka. Sebelum ini heboh isu tunduk memberi penghormatan kepada mayat kafir harbi dan pemimpin parti tersebut dibelasah kaw-kaw dalam media maya sehingga pemimpin parti masonic tersebut terpaksa memutar belit dan memalsukan hadith nabis untuk menegakkan benang yang sudah terendam air. Pun begitu pihak maca-macai Pas telah mengalih isu dan menyatakan Najib juga tunduk bila berdepan dan bersalaman dengan permaisuri queen dari london.

Puak-puak macai pas dan pkr sentiasa ligat mencari alasan bagi bahan untuk spin dan memutar-belit hal yang sebenarnya. Teringat juga pada 2008 apabila Harakah mengajak penyokong dan ahli Pas turun ke Kamunting untuk perarakan VIGIL dan menyeru umat Pas agar membawa lilin. Sampai sekarang MAZA dan Harun Din jadi setan bisu, tak berani tegur.

Jom tengok gambar-gambar ini yang diambil dari blog minaq jinggo










Tiada ulasan:

Catat Ulasan