Tahun 2008 Anwar dituduh meliwat pembantunya iaitu Si Saifol.
Kes didengar di mahkamah tinggi Kuala Lumpur dan mengambil masa 4 tahun.
Selepas 4 tahun kes berjalan dengan berpuluh-puluh kali penangguhan akhirnya pada 12 January 2012, Anwar dibebaskan.
Saifol membuat rayuan kerana kurang berpuas hati dengan keputusan hakim, dan akhirnya hakim mahkamah rayuan menyatakan Anwar bersalah dan dipenjara selama 5 tahun.
Pun begitu tiba pula giliran Anwar untuk membuat rayuan ke mahkamah persekutuan. Inilah final countdown buat Anwar. Hidup dan mati beliau dalam karier politik akan ditentukan oleh hakim. Jika hakim mengekalkan hukuman bererti punah segala-galanya buat Anwar.
Parti PKR boleh lah dibubarkan. Jadi apa yang ditonjolkan oleh Anwar Kelmarin seolah olah kiamat buat beliau. Beliau tidak lagi menaruh harapan yang tinggi dalam rayuan nya.
Untuk menyelamatkan bontot dan lehernya, kerajaan wajib digulingkan dengan kuasa reformasi dan revolusi. Kelmarin 1Mei 2014 tak kala rakyat bercuti dan menyambut hari buruh, Anwar sekali lagi menganjurkan demonstrasi berselindung atas nama bantah GST tetapi dalam ceramah beliau di tengah tengah ribuan penyokong professional yang digosok dengan wang, tidak langsung menyentuh tentang GST tetapi bercakap mengenai konspirasi oleh menteri yang mahu lihat beliau dipenjarakan.
Walhal, kes mahkamah adalah antara Anwar dengan Saifol dan tidak ada kena mengena dengan mennteri dan kerajaan.
Hajat Anwar untuk menumbangkan kerajaan semalam sekali lagi menemui kegagalan, dan Anwar bagaikan pesalah yang bakal dihukum gantung sampai mati. Pun begitu peluangnya hanya bergantung kepada hakim mahkamah persekutuan.
Sama-samalah kita tunggu syiling yang dilambung hanya akan memberikan satu saja keputusan.