Jumaat, 2 Mei 2014

Bimbang gua batu kapur diceroboh Utusan Online

Kerajaan negeri melahirkan kebimbangan terhadap pencerobohan tanah kerajaan membabitkan gua batu kapur di sekitar kawasan Taman Geo Lembah Kinta yang digunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan acara keagamaan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kegiatan yang sema­kin banyak menular itu dibimbangi akan mendatangkan masalah tidak diingini, terutama dari segi keselamatan.

"Laporan analisis daripada Jabatan Mineral dan Geosains mengingatkan kerajaan negeri berkenaan hal ini kerana sebarang pergerakan kecil melibatkan batu kapur boleh menyebabkan kawasan ke­seluruhannya runtuh.

"Kerajaan negeri mengambil perhatian mengenai perkara ini kerana kita tahu perkara sebegini agak sensitif. Oleh itu, kita mohon kepada mereka yang terlibat supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selepas notis diberi kerana kita tidak mahu mengenakan tindakan tegas di­sebabkan kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada tarikan pelancong­an," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Visit website