Sabtu, 24 Mei 2014

#DSIS: Jihad memerangi orang tengah :sub sayur dan buah buahan di RTC Gopeng



Tahun lalu TM pernah mendedahkan isu nelayan Pantai Merdeka ditindas oleh orang tengah. Isunya ialah mereka membeli ikan dengan harga yang sangat murah Rm 1.50 sekilo dan menjual semula kepada peniaga di pasar dengan harga RM5.00. Nelayan yang berusaha dan berhempas pulas di tengah laut tetapi orang tengah yang untung berlipat kali ganda.

Menyedari akan hal ini, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato Seri Ismail Yaakob telah menjadikan tahun 2014 sebagai tahun memerangi orang tengah yang sering menekan dan menindas orang bawah seperti petani, penternak dan nelayan.

Kementerian beliau juga telah merangka program untuk membantu mereka dari segi pemasaran yang dilihat mempunyai banyak kelemahan dan mereka banyak telah bergantung hidup dengan orang tengah.

Pihak orang tengah memang bijak menipu mereka. Pada mula nya mereka diberi in modal, wang, dahulukan wang jika perlu, tetapi pada akhirnya nya petani,m penternak dan nelayan dipaksa menjual hasil mereka dengan harga ditetapkan oleh hm orang tengah sesuka hati.

Masalah inilah yang menyebabkan nelayan, petani dan penternak tidak maju dan hidup dalam kemiskinan.

Dengan adanya pelan strategi pemasaran yang baru oleh kementerian dan usaha memperbanyakkan produk untuk pasaran antara bangsa diharap jihad ini akan berjaya.

Hari ini Dato Seri Ismail Sabri berada di RTC Gopeng Perak untuk melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah untuk sub sayur sayuran dan buah buahan.

Harap dengan strategy pemasaran yang baru ini akan menjadikan anak anak muda berminat dalam bidang ini sebagai kerjaya mereka yang memberikan mereka pendapatan tinggi.

1 ulasan:

  1. Tolong sebar segera. Wajib disebarkan maklumat ini. DNA babi dalam coklat Cadbury. Apabila DNA babi sudah ada dalam tubuh orang Melayu maka orang Melayu sekarang ini pun ikut cakap Cina.
    http://cerobohlagi.blogspot.com/2014/05/menggemparkan-babi-dalam-coklat-cadbury.html

    BalasPadam