Sabtu, 24 Mei 2014

Rejimen Askar Melayu Diraja Taiping Perak



Taiping Perak boleh lah dikategorikan sebagai bandar tentera. Banyak kem dan banyak rejimen nya. Bermula dari padang esplanade sampai lah ke stesen keretapi baru Kamunting banyak kem tentera, tak termampu nak senaraikan nama kem.

Kehidupan tentera hari ini tak macam mereka yang berkhidmat 30 atau 40 tahun dahulu. Dahulu selepas kerja mereka naik bas sahaja ke sana ke mari, kini semua dah berkereta sekurang kurangnya Proton saga version baru dengan corak hiasan luaran yang mudah kita kenali bahawa pemilik kereta  tersebut adalah tentera.

Cuma yang kurang menyenangkan ialah sikap sebahagian tentera dari dahulu sehingga sekarang

Jika dahulu ramai tentera hidup berhutang dengan ceti along sehingga kad Atm pun dipegang oleh along peminjam wang, sampai kini pun tak berubah.  Ada yang sanggup masuk kedai peminjam wang berlesen dengan berpakaian celoreng tentera. Minggu lepas Tm tengok sendiri beberapa anggota tentera memasuki premis tersebut yang hanya beberapa pintu sahaja dari Maybank kamunting.

Mereka juga gemar melepak di warung lama lama dengan berbaju celoreng jelas terpampang di dada kiri RAMDR. Tak salah kalau nak singgah minum atau makan tetapi jangan lah lepak lama lama dan leka melayan smartphone.

Harap pihak pemerintah rejimen askar melayu Diraja Taiping dapat atasi masalah anak buah mereka.