Sabtu, 24 Mei 2014

#PRKTelukIntan : Pas umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Sejak dari awal lagi parti Pas terlebih sudu daripada gula dalam kempen politik di Teluk Intan seolah olah Pas yang bertanding.  Pas anggota parti dan anak bini untuk berkampung dan membantu calon DAP.

Hairan nya, dalam Prk sebelum sebelum ini yan ditandingi Pas, tak nampak pula batang hidung orang Dap turut berkempen untuk pihak Pas.

Nik Aziz pun sudah mengeluarkan kenyataan yang dia juga menyokong calon Dap walaupun calon Dap itu Islam dan menolak hudud. Kata Nik Aziz Pas menyokong kerana Dap sekutu Pas.

Teringat lah kisah lama Pas yang mengkafirkan Tunku Abdul Rahman perdana menteri Malaysia yang pertama dulu. Apa kata Pas?  Kata mereka Tunku kafir, Umno kafir kerana bersahabat dengan Mca dan Mic yang kafir.

Hahaha!  Sekarang Pas sokong Dap tak kafir kah?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan