Khamis, 22 Mei 2014
Ekonomi negara berada di tahap berdaya saing yang baik
Daya saing Global 2014, negara Malaysia meningkat ke tangga ke 12 berbanding tangga ke 15 pada tahun 2013. Ini terkandung dalam Laporan IMD World Competitiveness Center yang di keluarkan hari ini. Amerika Syarikat dan Switzerland masih kekal di tangga 1 dan 2.
Prestasi Malaysia dalam 4 faktor dayasaing utama adalah Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Berita ini akan meningkatkan tarikan kepada pelaburan swasta. Peningkatan pelaburan swasta akan membuka ruang ekonomi gandaan (economic spin-off) kepada sektor-sektor pembekal, pemborong dan peruncit. Ini juga akan meningkatkan peluang pekerjaan dan gaji.
Dalam konteks kecekapan kerajaan menduduki tangga ke 15 dengan komponen utama serta kedudukan seperti berikut:
a. Kewangan Awam - 15
b. Dasar Fiskal - 11
c. Rangka kerja Institusi - 13
Kecekapan kerajaan menduduki tangga begitu tinggi membuktikan integiti kerajaan amat tinggi. Tuduhan pembangkang yang kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma adalah tidak berasas.
Kedudukan negara Malaysia dikukuhkan lagi dengan Laporan Ease of Doing Business oleh World Bank yang di terbitkan awal tahun ini di mana negara kita duduk di tangga ke 6 di dunia.
Tak mungkin negara Malaysia mencapai tangga yang tinggi jika kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma.